awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Sabah komited bina LRA di Pulau Banggi - Hajiji

Bernama
Bernama
05/05/2024
22:15 MYT
Kerajaan Sabah komited bina LRA di Pulau Banggi - Hajiji
Hajiji (dua, kiri) menyerahkan kunci Rumah Mesra SMJ kepada penerima dan bantuan kepada ketua isi rumah mangsa kebakaran pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Gagasan Rakyat Bahagian Banggi dan Tanjung Kapor, Kudat semalam. --fotoBERNAMA
KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan meminta laporan daripada Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) bagi membina sebuah loji rawatan air (LRA) di Pulau Banggi, Kudat terutama melibatkan kos yang diperlukan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Beliau berkata kerajaan Sabah komited untuk menyelesaikan masalah air yang dihadapi oleh penduduk menerusi pembinaan sebuah LRA baharu khusus untuk pulau itu.
Menurut Hajiji kerajaan negeri sentiasa mendengar keluh-kesah daripada penduduk berkaitan masalah bekalan air dihadapi mereka dan sedang mencari jalan terbaik bagi mengatasi masalah berkenaan.
"Saya mahu dapatkan laporan daripada JANS berapa kos untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat, termasuk bekalan air dan keperluan asas lain," katanya dalam kenyataan selepas melawat pulau itu semalam.
Hajiji berkata selain masalah di Pulau Banggi, beliau turut memberi perhatian terhadap masalah yang dihadapi penduduk di Tanjung Kapor dan kawasan lain di seluruh negeri ini.
Hajiji turut menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Banggi dan Tanjung Kapor, Kudat pada Ahad.
Pada majlis itu beliau menasihati anggota parti Gagasan Rakyat supaya tidak melayan pelbagai tuduhan pembangkang terhadap parti itu dan kerajaan negeri.
Hajiji juga menyeru pemimpin di semua peringkat supaya bersama-sama menumpukan tugas untuk membela rakyat negeri ini sejajar kehendak rakyat.
Pada majlis itu, beliau menyerahkan kunci Rumah Mesra SMJ kepada penerima yang layak, dan bantuan kerajaan negeri sebanyak RM540,000 kepada 27 ketua isi rumah mangsa kebakaran kampung Tanjung Kapor Hujung.
Beliau juga menyampaikan sumbangan kerajaan sebanyak RM300,000 kepada Gereja Basel Malaysia untuk pembinaan muzium gereja itu di Kudat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sabah
#Pulau Banggi
#Hajiji Noor
#bekalan air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan