KUALA LUMPUR: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat melibatkan beberapa kawasan di Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Selangor dan Sarawak.
JPS menerusi kenyataan hari ini memaklumkan berdasarkan makluman ramalan hujan oleh Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia), sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS, terdapat risiko banjir kilat di beberapa lokasi di negeri berkenaan sekiranya hujan lebat atau ribut petir yang signifikan berlaku.
"Notis kesiapsiagaan ini dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang berisiko untuk berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir kilat bagi tempoh berkenaan.
"Sila patuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir. Sila layari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir untuk maklumat lanjut dari semasa ke semasa," menurut kenyataan itu.
Di Johor, antara kawasan yang bakal terjejas adalah daerah Batu Pahat melibatkan Mukim Simpang Kanan, Mukim Sri Gading, Mukim Tanjung Sembrong, daerah Kota Tinggi (Mukim Pengerang, Mukim Sedili Besar, Mukim Ulu Sungai Johor), Mersing (Mukim Teriang), Muar (Bandar Panchor, Mukim Bukit Kepong) dan Tangkak (Mukim Bukit Serampang, Mukim Grisek).
Sementara di Kelantan melibatkan Kota Bharu (Mukim Baung, Mukim Padang Bungor, Mukim Panchor, Mukim Pulau Panjang dan Mukim Tebing Tinggi) manakala di Negeri Sembilan membabitkan Mukim Jimah serta kawasan sekitarnya.
Di Pahang pula membabitkan Rompin (Mukim Endau, Mukim Pontian) dan Temerloh (Pekan Kuala Kerau, Mukim Bangau, Mukim Jenderak, Mukim Kerdau, Mukim Lipat Kajang, Mukim Perak dan Mukim Sanggang) manakala Pulau Pinang pula di Seberang Perai Utara (Bandar Butterworth, Mukim 1dan Mukim 4).
Di Selangor melibatkan Sepang (Pekan Tanjung Mas dan Mukim Sepang) manakala Sarawak di daerah Bahagian Miri (Kampung Pujut Tanjung Batu, Kampung Pujut Padang Kerbau, Kampung Pujut Adong, Bulatan Boulevard, Kampung Damai Jaya Senadin, kawasan Krokop, Jalan Jee Foh, Taman Gilbert, Kg. Wireless, kawasan Jalan Datuk Edward Jeli, Jalan Miri-Pujut dan Jalan Miri-Piasau).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 23 2022
JPS mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat melibatkan beberapa kawasan di Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Selangor dan Sarawak. - Gambar hiasan
Armizan dedah ramai pemilik stesen minyak terima ugutan sindiket
Datuk Armizan Mohd Ali mendedahkan ramai pemilik stesen minyak diugut oleh sindiket sekiranya tidak membenarkan penjualan bahan api itu kepada kenderaan yang terlalu kerap mengisinya.
[TERKINI] Tragedi Helikopter Bertembung: Sidang Media Menteri Pertahanan
Ikuti langsung sidang media Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin susulan tragedi helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut pada Selasa. #AWANInews
Projek solar: Mahkamah dengar rayuan Rosmah pada 23 dan 24 Okt
Dalam pengurusan hari ini, Rosmah diwakili Akberdin dan Datuk Jagjit Singh manakala Timbalan Pendakwa Raya K. Mangai hadir mewakili pihak pendakwaan.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran kondusif bagi mengelak ketirisan.
Nahas helikopter Lumut: Pengamal media, orang ramai diminta tidak sebar video insiden
Beliau berkata dalam situasi sekarang, orang ramai seharusnya menghormati waris dan keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas itu kerana video tersebut akan memberi kesan kepada mereka.
Nestlé Malaysia kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup, bantu penuhi impian rakyat Malaysia
Nestle Malaysia memperkenalkan semula peraduan Nestle Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Wanita simbah OKU dengan air panas dipenjara 10 tahun, hakim sifatkan kejam
Mahkamah menyifatkan perbuatan seorang wanita yang menyimbah air panas terhadap lelaki sindrom Down sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Malaysia kecam serangan Israel di Rafah
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan menjelaskan situasi di Rafah amat membimbangkan mengambil kira risiko bencana kemanusiaan yang tinggi.
Tunjuk perasaan pelajar AS gesa genjatan senjata Gaza
Polis menahan puluhan individu dalam perhimpunan pro-Palestin di Universiti Yale pada Isnin
Perkembangan terkini nahas helikopter TLDM di Lumut
Wartawan, Umavathi Ramayah membawakan perkembangan semasa nahas helikopter di Lumut.
Cuaca buruk dan air pasang besar, Johor sedia pam air di daerah terlibat
Kerajaan Johor dan JPS negeri bersiap siaga dengan penyediaan pam di setiap daerah yang terlibat berikutan amaran cuaca buruk dan air pasang besar.
Ramalan kaji cuaca masih terbatas, bukan untuk elak banjir
Dengan teknologi yang ada ketika ini, ramalan cuaca hanya boleh dikeluarkan seawal 10 hari sebelum ia berlaku.
Amaran banjir di Terengganu, Pahang bermula 24 hingga 26 Dis
JPS mengeluarkan amaran banjir diramal berlaku secara berperingkat di beberapa kawasan rendah berhampiran sungai di Terengganu dan Pahang bermula 24 hingga 26 Dis ini.
Kajian akan dilakukan bagi kerja mitigasi di kawasan berisiko tinggi - Young Syefura
Menurut Ahli Parlimen Bentong kerja baik pulih segera cerun dan jalan serta kerja pembersihan dan pendalaman sungai juga akan dilakukan.
Monsun Timur Laut cuti kakitangan JKR, JPS Perak dibeku - Exco
Cuti bagi kakitangan Jabatan Kerja Raya serta Jabatan Pengairan dan Saliran negeri, dibekukan sejak minggu lepas menjelang musim Monsun Timur Laut yang dijangka bermula November ini.
Mangsa banjir di Perak meningkat kepada 312 orang
Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat kepada 312 orang daripada 89 keluarga malam ini, berbanding 156 orang daripada 45 keluarga pagi tadi.
Banjir kilat di Perak akibat taburan hujan luar biasa
Punca banjir kilat yang berlaku di sekitar Perak baru-baru ini adalah lebih kepada taburan hujan yang sangat lebat ataupun luar biasa.
12 'hotspot' dikenal pasti jadi punca sampah di Sungai Skudai
Dua belas lokasi 'hotspot' sampah telah dikenal pasti menjadi punca pencemaran Sungai Skudai, di sini sehingga kini.
Sarawak terima 92 projek Persekutuan bernilai RM1.092 bilion - Uggah
Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD) Sarawak telah menerima senarai 92 projek infrastruktur bernilai RM1.092 bilion daripada kerajaan Persekutuan.
Banjir dan air pasang, penduduk Batu Pahat diminta berjaga-jaga
Penduduk di daerah ini diminta berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan susulan banjir yang masih belum reda dan fenomena air pasang yang dijangka berlaku sehingga Ahad ini.