awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPV pantau kemasukan daging dari Brazil susulan penyakit lembu gila

Bernama
Bernama
07/03/2023
15:22 MYT
JPV pantau kemasukan daging dari Brazil susulan penyakit lembu gila
Media antarabangsa pada Sabtu lepas melaporkan Thailand, Iran dan Jordan telah menggantung sementara import daging lembu dari Brazil. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) akan terus memantau kemasukan bekalan daging lembu import dari Brazil ke negara ini susulan laporan kes penyakit lembu gila di kesaan di negara berkenaan.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata, kes tersebut adalah 'atipikal' atau lain daripada kebiasaan dan bukan semua tempat mengalami wabak tersebut.
"Bagaimanapun, Jabatan Veterinar akan sentiasa memantau proses kemasukkannya ke negara ini," katanya kepada pemberita sebagai mengulas mengenai laporan media baru-baru ini yang memetik Kementerian Pertanian Brazil melaporkan satu kes penyakit lembu gila dikesan di negara itu, bulan lalu.
Susulan itu, media antarabangsa pada Sabtu lepas melaporkan Thailand, Iran dan Jordan telah menggantung sementara import daging lembu dari Brazil.
Terdahulu, Mohamad menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan di antara Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) bersama tujuh badan berkanun di bawah kementeriannya di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), di sini, hari ini.
Turut menyaksikan perjanjian adalah Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#daging lembu
#lembu brazil
#lembu gila
#daging import
#Mohamad Sabu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan