awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JTKSM mulakan siasatan kelewatan pembayaran gaji babit universiti swasta

Bernama
Bernama
07/06/2024
15:26 MYT
JTKSM mulakan siasatan kelewatan pembayaran gaji babit universiti swasta
JTKSM memaklumkan siasatan PTK Cyberjaya hasil aduan yang diterima melalui media massa dan juga e-mel mendapati aduan adalah berasas. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) telah memulakan siasatan berhubung kelewatan pembayaran gaji kepada kakitangan sebuah universiti swasta di ibu negara.
Menerusi kenyataan hari ini, JTKSM memaklumkan siasatan Pejabat Tenaga Kerja (PTK) Cyberjaya hasil aduan yang diterima melalui media massa dan juga e-mel mendapati aduan adalah berasas.
"Pihak pengurusan universiti mengakui mereka kini berdepan dengan krisis kewangan yang menyebabkan kelewatan bayaran gaji pada bulan April dan Mei melibatkan 93 pekerja dengan gaji RM4,800 ke atas.
"Daripada jumlah berkenaan, 86 ialah tenaga kerja tempatan dan tujuh merupakan tenaga kerja asing," menurut kenyataan itu.
JTKSM memaklumkan beberapa pekerja juga telah berhenti kerja tanpa meninggalkan maklumat lengkap menyukarkan pihak universiti menguruskan isu ini dengan cepat memandangkan pengurus pentadbiran dan kewangan baru dilantik.
Sehubungan dengan itu, pegawai penyiasat telah mengeluarkan saman hadir kepada pengurusan universiti untuk hadir ke PTK Cyberjaya bagi memberikan keterangan lebih lanjut dan mengemukakan dokumen-dokumen lengkap.
Bagi pekerja yang mengadu dan telah ditemui, mereka diminta hadir ke PTK sama untuk memfailkan kes buruh sepertimana prosedur kehendak Akta Kerja 1955 bagi membolehkan pegawai buruh mengeluarkan perintah terhadap majikan, menurut kenyataan itu.
JTKSM memaklumkan PTK Cyberjaya akan membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 19 Akta Kerja 1955 iaitu kesalahan kelewatan bayaran gaji.
"Pekerja juga dinasihatkan untuk memfailkan kes buruh di bawah Seksyen 69 Akta Kerja 1955 antaranya membabitkan tuntutan terhadap majikan berkaitan baki gaji, gaji ganti notis atau bayaran gaji kerja lebih masa," menurut kenyataan itu.
JTKSM melalui PTK Cyberjaya akan mengendalikan kes ini selaras dengan peruntukan perundangan perburuhan terpakai di bawah bidang kuasa JTKSM tanpa sebarang kompromi serta akan memastikan hak-hak pekerja dilindungi dan majikan mematuhi undang-undang berkaitan pembayaran gaji.
Sebelum ini, portal media tempatan melaporkan hampir semua kakitangan sebuah universiti swasta terkemuka mendakwa tidak dibayar gaji sejak tiga bulan lepas dan meminta campur tangan kerajaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JTKSM
#bayaran gaji kerja
#kes buruh
#kertas siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan