awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Juadah berbuka puasa ikan siakap tiga rasa, kari kambing 'bertukar' di Perairan Selangor

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
06/05/2021
07:41 MYT
Juadah berbuka puasa ikan siakap tiga rasa, kari kambing 'bertukar' di Perairan Selangor
Pertukaran menu juadah antara KD GAGAH SAMUDERA (TLDM) dan KM DANGA (APMM) berlangsung secara sederhana namun penuh simbolik sempena bulan Ramadan - Gambar Astro AWANI
PERAIRAN SELANGOR: Dalam kesibukan menjaga perairan negara, kemeriahan berbuka puasa dihidupkan oleh pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dengan aktiviti bertukar juadah berdekatan Pulau Angsa di Perairan Selangor.
Pertukaran menu juadah antara KD GAGAH SAMUDERA (TLDM) dan KM DANGA (APMM) berlangsung secara sederhana namun penuh simbolik sempena bulan Ramadan.
Malah, ia juga buat julung kalinya dijalankan oleh komponen Maritim National Task Force (NTF) di Perairan Selangor sejak NTF ditubuhkan pada 6 Mei tahun lalu bagi menjalankan Operasi Benteng (Op Benteng).
Sesi bertukar juadah berbuka itu masing-masing diwakili oleh Pegawai Memerintah KD GAGAH SAMUDERA, Komander Mohd Kamal Irfan Hassan Sabri TLDM dan Pegawai Memerintah KM DANGA, Leftenan Komander Maritim, Mohammed Suffian Khairudin.
TLDM menyediakan menu berbuka nasi kabsah, kari kambing, ayam kurma serta pemanis mulut yang dimasak oleh Ketua Rumah Masak KD GAGAH SAMUDERA, Bintara Kanan Bendari Muhammad Azhar Mahamud.
Sementara itu, sebagai tanda balas APMM memberikan menu air tangan mereka iaitu siakap tiga rasa dan pemanis mulut yang dimasak oleh Ketua Rumah Masak KM DANGA, Laskar Kelas II Maritim, Muhammad Mustaqim Ismail.
Untuk rekod, NTF menggabungkan 19 agensi penguatkuasaan dan pasukan keselamatan di bawah satu bumbung untuk memperkukuhkan kawalan sempadan negara melalui Op Benteng daripada dibolosi pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam usaha mengekang jenayah rentas sempadan.
Untuk operasi kali ini, komponen Maritim yang terdiri daripada TLDM dan APMM memfokuskan Sektor 5 iaitu di Perairan Selangor yang meliputi Zon Maritim Malaysia bermula dari Perairan Sepang sehinga Perairan Sabak Bernam.
Laporan penuh Op Benteng Ramadan Perairan Selangor akan disiarkan di Astro AWANI dan semua platform digital bermula 10 Mei ini.
Topic Berkaitan
#APMM
#TLDM
#Ramadan
#Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
#Op Benteng
#perairan selangor
#Op Benteng Sektor 5
#pati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan