BUKIT MERTAJAM: Ketika keresahan orang ramai memikirkan peningkatan harga barang yang semakin mendadak sekarang ini, seorang peniaga di Bazar Ramadan Masjid Perda, di sini nekad menjual air balang dengan harga RM1 sebungkus, harga sama yang ditetapkannya sejak 26 tahun lepas.
Norazian Sabri, 57, berkata walaupun harga air balang yang dijual itu hanya RM1 sebungkus berbanding peniaga lain iaitu antara RM2 hingga RM3, beliau masih mampu meraih keuntungan, dan beliau percaya dengan kekuatan yang ada pada rezeki.
"Kalau bulan puasa memang saya berniaga di bazar Ramadan di sini (Bazar Ramadan Masjid Perda) dan menjual 11 balang air pelbagai perisa antaranya bandung, limau asam boi, mata kucing, laici dan juga jus buah-buahan seperti tembikai dan oren, bulan biasa saya berniaga di Pantai Bersih, Butterworth.
"Harga yang saya jual masih sama seperti 26 tahun lepas iaitu RM1. Alhamdulillah ada untungnya, dan harga murah ini juga sebenarnya antara salah satu cara kami beramal jariah serta berkongsi rezeki dengan orang lain," katanya ketika ditemui di Bazar Ramadan Masjid Perda, di sini pada Rabu.
"Bukan baru sehari dua saya berniaga tapi dah lebih 26 tahun jadi saya percaya tidak semua berkemampuan untuk membeli dengan harga mahal dengan ketika ini boleh dikatakan banyak barang harga meningkat, jadi dengan harga air RM1 ini secara tidak langsung membantu pengguna juga," katanya yang berniaga bersama suaminya Zainal Abidin Idris, 58.
Katanya setiap balang air boleh menghasilkan sehingga 50 bungkus air dan setakat ini boleh dikatakan setiap hari jualannya mendapat permintaan daripada orang ramai di situ.
"Saya akan terus kekalkan dengan harga RM1 sebungkus, kerana saya percaya pada rezeki, Alhamdulillah ada keuntungannya cuma mungkin tidak banyak seperti peniaga lain.. saya gembira dapat jual dengan harga ini, malah kami turut menjaga kualiti setiap air yang dibancuh dalam balang," katanya.
Sementara itu seorang pelanggan Norhasfizah Mustafa, 35, berkata air balang dijual Norazian memang pilihan beliau sekeluarga kerana ia dijual dengan harga yang murah berbanding peniaga lain dalam masa sama masih mengekalkan rasa yang sedap.
"Kalau di gerai ini kami boleh beli air untuk setiap seorang mengikut perisa pilihan masing-masing, iaitu saya dan suami serta tiga anak untuk kami berbuka puasa. Rasa air juga sedap dan setanding dengan air balang peniaga lain," katanya
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 06 2022
Norazian berkata, setiap balang air boleh menghasilkan sehingga 50 bungkus air dan setakat ini boleh dikatakan setiap hari jualannya mendapat permintaan daripada orang ramai. -- fotoBERNAMA
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Jual air balang RM1 sebungkus sejak 26 tahun lepas
Norazian berkata masih mampu meraih keuntungan, dan beliau percaya dengan kekuatan yang ada pada rezeki.