PADANG BESAR: Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis berjaya mematahkan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi dengan rampasan sebanyak 26,000 liter bahan api itu yang dianggar bernilai RM55,900 di sini semalam.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Perlis Farah Adlina Ropaie berkata rampasan dibuat melalui Ops Tiris bersama-sama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sebuah premis pemborong minyak diesel di sini, kira-kira 1 tengah hari.
"Hasil pemeriksaan, premis berkenaan didapati gagal menyelenggara buku stok barang kawalan (minyak diesel bersubsidi) dan bekalan yang diperoleh adalah meragukan.
"Semakan ke atas buku stok pula mendapati pemborong tersebut disyaki menjual minyak diesel kepada kenderaan bernombor pendaftaran Thailand. Susulan itu, sebanyak 26,000 liter minyak diesel bersubsidi dan dokumen berkaitan disita untuk siasatan lanjut," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Farah Adlina berkata pemborong berlesen yang berurusan dengan barang kawalan wajib menyelenggara buku stok barang kawalan dan kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan mengikut Peraturan 13 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 manakala Peraturan 11 untuk bekalan diperoleh meragukan.
"Buku stok (barang kawalan itu) tidak dikemas kini lebih kurang sebulan. (Sepatutnya) setiap kali (bekalan) minyak (diesel bersubsidi) masuk perlu rekodkan dalam buku stok itu, sehari tidak kemas kini buku stok pun kita akan ambil tindakan," katanya.
Farah Adlina berkata pihak premis itu disyaki terlibat dalam aktiviti penyelewengan diesel bersubsidi tersebut dalam tempoh setahun ini dan siasatan awal mempercayai bekalan minyak diperoleh daripada pemborong di Bukit Kayu Hitam, Kedah.
"(Mengenai bekalan diesel) sumber dia (pihak premis pemborong minyak diesel di Padang Besar itu) berlesen tetapi tidak boleh beli daripada pemborong (juga), dia kena beli terus daripada syarikat," katanya.
Beliau berkata pihaknya sudah merekodkan keterangan pemilik premis berkenaan iaitu seorang lelaki berusia lingkungan 40-an untuk siasatan lanjut.-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 09 2023
KPDN membuat rampasan melalui Ops Tiris bersama-sama PDRM di sebuah premis pemborong minyak diesel di Padang Besar, semalam. - Gambar/ Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
KPDN Perlis rekod 198 kes penyeludupan barangan kawalan, subsidi sejak Januari
Ia membabitkan rampasan bernilai RM1.22 juta direkodkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis sejak Januari lepas hingga semalam.
Jual diesel kepada kenderaan Thailand, KPDN serbu premis pemborong di Padang Besar
Rampasan dibuat melalui Ops Tiris bersama-sama pihak PDRM di sebuah premis pemborong minyak diesel di sini, kira-kira 1 tengah hari.