awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jual kasut, selipar Nike, Adidas palsu, 3 sekeluarga, syarikat didenda lebih RM600,000

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
28/07/2023
07:10 MYT
Jual kasut, selipar Nike, Adidas palsu, 3 sekeluarga, syarikat didenda lebih RM600,000
Dua pengarah syarikat didenda RM130,260 setiap seorang manakala syarikat mereka, Enhengda Sdn. Bhd, didenda RM217,100. - Gambar/ Astro AWANI
IPOH: Tiga sekeluarga dan syarikat mereka didenda RM607,880 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh pada Jumaat selepas didapati bersalah menjual 4,342 pasang kasut dan selipar palsu jenama Nike dan Adidas, empat tahun lalu.
Dua pengarah syarikat, Yap Kian Seng, 61 dan Sun Haixia, 40-an serta pengurus, Yap Yin Keat, 51, didenda RM130,260 setiap seorang manakala syarikat mereka, Enhengda Sdn. Bhd, didenda RM217,100.
Hakim Norashima Khalid turut memerintahkan ketiga-tiga individu dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa memiliki untuk pembekalan barang-barang perihal dagangan palsu iaitu 4,342 pasang kasut dan selipar berjenama Nike dan Adidas palsu.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di premis Enhengda Sdn. Bhd, di Kawasan Perindustrian Menglembu, Ipoh, kira-kira jam 11.10 pagi, 17 Mei 2019.
Pertuduhan terhadap mereka dilakukan di bawah Seksyen 8(2)(c) Akta Perihal Dagangan 2011 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 8(2)(A) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM15,000 bagi setiap barang yang diletakkan perihal dagangan palsu, jika sabit kesalahan.
Setelah mendengar hujah pihak pembelaan dan pendakwaan, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM30 untuk setiap pasang terhadap tiga individu berkenaan manakala RM50 sepasang terhadap syarikat.
Pihak pembelaan yang diwakili peguam Mohd Fitri Asmuni dan Mohd Asri Otsman.
Pembelaan memohon hukuman tersebut ditangguhkan kerana mereka akan memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi.
Mahkamah membenarkan permohonan penangguhan itu dan menetapkan jaminan RM15,000 setiap seorang.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Muhammad Ridzuan.
Topic Berkaitan
#jual kasut tiruan
#nike palsu
#adidas palsu
#hukuman mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan