awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jual minyak pelincir palsu, peniaga didenda RM52,920

Bernama
Bernama
02/08/2022
11:21 MYT
Jual minyak pelincir palsu, peniaga didenda RM52,920
Hakim menjatuhkan hukuman itu terhadap Lee Lap Kee, 62, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia mengaku bersalah ke atas kelima-lima pertuduhan tersebut. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Padah menjual 294 botol minyak pelincir dengan cap dagangan palsu, seorang peniaga didenda lebih RM52,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Hakim Rasyihah Ghazali menjatuhkan hukuman itu terhadap Lee Lap Kee, 62, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia mengaku bersalah ke atas kelima-lima pertuduhan tersebut.
Mengikut kesemua pertuduhan, Lee didakwa berada dalam kawalannya 294 botol minyak pelincir dengan perihal dagangan palsu di Kawasan Perindustrian Balakong Jaya 2, Seri Kembangan, pada 12.45 tengah hari, 16 Mei 2019.
Dia didakwa mengikut Seksyen 8(2)(c) Akta Perihal Dagangan 2011 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 8(2)(c)(B) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barang yang diletakkan perihal dagangan palsu atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.
Rasyidah memerintahkan warga emas itu didenda RM180 bagi setiap botol minyak pelincir menjadikan denda yang perlu dibayar sebanyak RM52,920. OKS membayar denda tersebut.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kee Shu Min manakala OKS tidak diwakili peguam.
Mengikut fakta kes, pada 16 Mei 2019, sepasukan pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Putrajaya melakukan pemeriksaan ke atas sebuah premis di Seri Kembangan susulan aduan beberapa wakil pemilik cap dagangan minyak pelincir.
Hasil pemeriksaan mendapati, terdapat alatan, mesin dan tangki yang digunakan untuk menghasilkan minyak pelincir tersebut dan kesemua barangan tersebut telah disita.
Laporan pengesahan daripada syarikat minyak pelincir mendapati minyak-minyak tersebut bukan tulen dan tidak berdaftar dengan cap dagangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jual minyak pelincir palsu
#kes minyak enjin tiruan
#hukuman mahkamah
#peniaga didenda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan