Mengikut laporan terbaharu daripada Hyundai Motor, sedan premium model Genesis yang dilancarkan di Malaysia baru-baru ini sudah mencapai jumlah jualan keseluruhan 100,000 unit di seluruh dunia sehingga akhir bulan Mei 2015. Angka ini meliputi 52,661 unit bagi pasaran domestik (Korea) dan jualan sebanyak 53,254 unit untuk pasaran eksport.

Prestasi ini dicapai hanya 18 bulan setelah pelancaran global model ini pada November 2013, dan 10 bulan lebih awal berbanding pencapaian yang sama untuk Genesis generasi pertama.

Hyundai Genesis hanya dipasang di Korea sebelum dieksport ke pasaran-pasaran seperti China, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Utara.