KUALA LUMPUR: Penjualan rumah kediaman dan hartanah meningkat dua peratus pada separuh kedua tahun lalu berbanding tempoh sama pada 2019.

Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) dalam tinjauannya mendapati prestasi penjualan hartanah meningkat daripada 43 peratus pada separuh kedua 2019 kepada 45 peratus pada tempoh sama tahun lalu.

Berikut beberapa fakta penting berkenaan prestasi kediaman dan hartanah pada separuh kedua 2020:

1. Sebanyak 12,640 unit kediaman dilancarkan berbanding 12,556 pada separuh kedua 2019.

2. Kediaman dua-tiga tingkat paling popular (4,120 unit), diikuti pangsapuri perkhidmatan (3,250 unit), pangsapuri/ kondominium (3,059 unit).

3. Sebanyak 80.8 peratus unit bernilai antara RM250,001 hingga RM500,000 dan RM500,001 hingga RM700,000.

4. Sebanyak 5,736 unit kediaman dijual - 2,467 unit kediaman dua-tiga tingkat, pangsapuri perkhidmatan 1,225 unit, pangsapuri/ kondominium 1,082 unit.

5. Sebanyak 64 peratus responden laporkan ada unit yang tidak terjual pada separuh kedua 2020.

6. Tidak terjual: Rumah teres (30 peratus), semi-D / banglo (29 peratus), pangsapuri/kondominium (26 peratus).

7. Sebanyak 51 peratus responden mengakui, kos keseluruhan melaksanakan perniagaan meningkat 12 peratus pada separuh kedua 2020.

8. Sebanyak 98 peratus responden menerima impak senario ekonomi semasa.

9. Jumlah pemaju 'sangat terkesan' juga meningkat 42 peratus, berbanding 26 peratus pada separuh kedua 2019.