KEPALA BATAS: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyasarkan sejumlah 6,400 Jualan Rahmah Bergerak di seluruh negara yang dapat memberi manfaat kepada orang ramai dan pada masa sama, membendung kenaikan harga barangan keperluan.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, pihaknya percaya Jualan Rahmah Bergerak, yang diadakan dua kali sebulan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN), mampu memberi tekanan kepada pemain industri bagi mematuhi harga yang ditawarkan semasa jualan itu.
Beliau berkata, kenyataan harga barangan keperluan akan meningkat hingga 20 peratus bulan depan datangnya daripada pihak industri dan bukan kerajaan.
"Kita kena sedar bahawa industri ini memanglah tujuan mereka untuk meraih keuntungan, jadi sebab itu saya nasihatkan rakyat jangan panik, saya juga minta pengguna bertenang, pihak kerajaan akan buat apa yang patut bagi memastikan harga barangan tidak meningkat, contohnya kita adakan Jualan Rahmah dan Jualan Rahmah Bergerak, ini kita nak bantu pengguna dengan lebih murah berbanding pasaran.
"Kalau ikut teorinya, mereka yang berada di pasaran akan berasa tertekan untuk mengikut harga jualan yang ditetapkan oleh Jualan Rahmah dan Jualan Rahmah Bergerak iaitu barangan keperluan dijual 30 peratus lebih murah berbanding harga pasaran malah hari ini, sudah ada pengumuman pihak industri yang mahu ayam segar dijual pada harga RM8.25 sekilogram berbanding RM9.40 sekarang, itu adalah respons kepada Jualan Rahmah, kita yang menjual seekor RM10 sahaja," katanya kepada pemberita, di sini, pada Selasa.
Fuziah berkata demikian kepada pemberita selepas Jualan Rahmah Bergerak sempena pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2023 di pekarangan Masjid Al Hidayah di Kuala Muda, Penaga, di sini.
Bendera kebanggaan negara Jalur Gemilang akan dibawa menjelajah sejauh 3,347 kilometer ke seluruh pelosok negara oleh KMJG 2023, yang bermula di Ipoh pada Ahad serta berakhir di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos, sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023.
Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 berkata, konvoi itu akan membawa Jalur Gemilang menjelajah seluruh negara menerusi 'Penyerahan Jalur Gemilang.'
Beliau berkata, konvoi itu melibatkan 132 tempat pemeriksaan iaitu 66 di Semenanjung Malaysia dan 66 lagi di Sabah, Sarawak serta Labuan.
Fuziah juga berkata, Jualan Rahmah Bergerak berkonsepkan kedai cari rakyat mendapat sambutan mengalakkan daripada pengguna malah mereka meminta supaya ia lebih kerap diadakan kerana memudahkan orang ramai mendapatkan barangan keperluan.
Katanya, sejak dilancarkan bulan lepas, sebanyak 131 Jualan Rahmah Bergerak diadakan dan lebih sejuta pengguna mendapat manfaat dengan jualan melebihi RM30,000 bagi setiap program. - BERNAMA
Bernama
Tue Jul 18 2023
Fuziah berkata, kenyataan harga barangan keperluan akan meningkat hingga 20 peratus bulan depan datangnya daripada pihak industri dan bukan kerajaan. - Gambar fail/Bernama
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
KPDN teliti mekanisme kesan ketirisan rantaian minyak masak
KPDN melihat mekanisme seperti batch number atau nombor siri sebagai kaedah pengesanan bagi menyekat aktiviti penyeludupan minyak masak bersubsidi.
KPDN perkenal dua strategi interim lindungi hak pengguna sebelum Lemon Law dimuktamad
Armizan berkata ketika ini melalui perundangan sedia ada, platform untuk pengguna menuntut hak mereka ialah Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia (TTPM).
KPDN pastikan Orang Asli tidak terputus barangan keperluan asas
Antara langkah dilaksanakan termasuk Jualan Rahmah di perkampungan masyarakat itu yang menawarkan pelbagai barangan pada harga rendah.
Pengusaha stesen minyak di Kedah dilarang jual diesel, petrol berulang
Arahan itu telah diserahkan kepada semua pengusaha stesen minyak di negeri ini dalam satu pertemuan pagi tadi.
KPDN tetapkan lokasi bekalan minyak masak paket subsidi, kekang ketirisan - Armizan
Sebelum ini, syarikat pembungkusan dibenarkan menentukan lokasi pengedaran atau membuat penghantaran bekalan minyak masak mengikut permintaan.
Muat turun aplikasi 'Price Catcher' untuk bantu KPDN atasi kenaikan harga mendadak - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa Komuniti MADANI untuk memuat turun aplikasi "Price Catcher" bagi membantu menangani masalah kenaikan harga barang yang mendadak.
Peniaga medan selera berdepan tindakan jual minyak masak bersubsidi kepada warga asing
Peniaga berusia lewat 50-an itu ditahan dalam operasi penyamaran yang dilakukan anggota penguat kuasa KPDN kira-kira jam 11 pagi tadi.
KPDN tahan penjaga stor, sita 4,000 liter diesel bersubsidi di Tawau
Pasukan penguat kuasa KPDN menemukan 2,000 liter minyak diesel di dalam 18 tong dram serta 2,000 liter di dalam tangki treler disyaki untuk diseleweng.
Peniaga colek diberi amaran jangan naik harga sewenang-wenangnya
Pemantauan dijalankan pihaknya terutama di premis perniagaan yang tidak meletakkan tanda harga atau mengelirukan pelanggan.
KPDN akan pastikan peruntukan dibelanja tanpa sebarang ketirisan - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata setiap sen daripada peruntukan itu akan disalurkan bagi program-program menangani isu kos sara hidup.