awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Senarai baharu barangan SARA akan dikemas kini sebelum Ramadan
PM Anwar sangkal dakwaan Malaysia beri 5,207 hektar tanah kepada Indonesia
PRK Kinabatangan catat 33 peratus keluar mengundi, Lamag 30 peratus setakat 11 pagi - SPR
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jualan tiket bas, penerbangan VTL Malaysia-Singapura dibuka sepenuhnya

Astro Awani
Astro Awani
16/02/2022
10:26 MYT
Jualan tiket bas, penerbangan VTL Malaysia-Singapura dibuka sepenuhnya
Inisiatif VTL berjaya meningkatkan jumlah pengendalian penumpang antarabangsa dan seterusnya membantu meningkatkan sektor pelancongan dan ekonomi negara. - Gambar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Penjualan tiket bas dan penerbangan bagi inisiatif Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) Malaysia-Singapura melalui udara dan darat dibuka semula sepenuhnya berkuat kuasa serta-merta.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, keputusan dibuat berdasarkan penilaian risiko semasa dan persetujuan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) ingin memaklumkan bahawa penjualan tiket bas dan penerbangan bagi inisiatif VTL antara Malaysia-Singapura (laluan udara dan darat) ini dibuka semula sepenuhnya, iaitu 100 peratus daripada kapasiti bas dan penerbangan, berkuat kuasa serta-merta," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
BACA: Penjualan tiket VTL Malaysia-Singapura dibuka semula - Khairy
BACA: Kerajaan tunggu Singapura setuju tambah kapasiti VTL - Wee
Ka Siong bagaimanapun menjelaskan, buat masa ini, hanya tiket penerbangan VTL boleh diperoleh untuk perjalanan segera manakala tiket bas bermula 22 Februari ini.
Selain itu, katanya kedua-dua negara sedang mengadakan perbincangan lanjut bagi memperluaskan laluan VTL Laluan Udara ke Pulau Pinang dan Kota Kinabalu untuk dilaksanakan tidak lama lagi.
"Dalam hubungan ini, MOT melalui Malaysia Airports Holdings Berhad sedang menyediakan fasiliti ujian saringan COVID-19 dan kemudahan-kemudahan yang berkaitan di lapangan terbang yang berkaitan bagi menyokong pelaksanaan inisiatif tersebut kelak," tambahnya.
Inisiatif VTL katanya telah berjaya meningkatkan jumlah pengendalian penumpang antarabangsa dan seterusnya membantu meningkatkan sektor pelancongan dan ekonomi negara.
Sehingga 14 Februari 2022, seramai 171,583 pengembara daripada Singapura telah memanfaatkan insiatif ini.
"Diharapkan inisiatif ini dapat memanfaatkan rakyat serta merancakkan sektor pelancongan dan terus memacu pertumbuhan ekonomi bagi kedua-dua negara.
"Dalam masa sama, semua pihak diingatkan supaya tidak alpa dan leka dalam mematuhi segala peraturan atau prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan demi kebaikan diri serta insan tersayang disekeliling,"ujarnya.
Topic Berkaitan
#VTL
#Malaysia
#Singapura
#Wee Ka Siong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan