KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga lelaki kerana disyaki terlibat dalam aktiviti judi dalam talian yang mampu meraih kuntungan sehingga RM100,000 sebulan, di sebuah pangsapuri di sekitar Sentul, di sini, pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata kesemua lelaki berumur dalam lingkungan 19 hingga 54 tahun itu ditahan hasil serbuan ke atas pangsapuri itu pada 12 tengah hari dan polis merampas beberapa peralatan komputer, telefon bimbit pelbagai jenama, modem komputer, beberapa rangkai kunci rumah dan kad akses.
Beliau berkata kesemua lelaki berkenaan dipercayai penjaga premis serta ejen 'To Up Games' di pusat panggilan dan berselindung di sebalik pangsapuri persendirian dengan sewaan RM1,800 sebulan untuk menjalankan aktiviti judi itu.
"Kesemua suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana terbabit dalam kegiatan perjudian," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Dalam perkembangan lain, polis menahan dua lelaki warga asing dan seorang lelaki tempatan berumur lingkungan 25 hingga 40 tahun kerana disyaki terlibat dalam perlombongan bitcoin haram di sebuah premis di sekitar Metro Prima Kepong, di sini, pada Khamis.
"Hasil operasi itu, polis merampas sebanyak 77 mesin bitcoin, peralatan komputer, telefon bimbit pelbagai jenama, modem komputer dan beberapa rangkai kunci premis.
"Kesemua suspek direman selama empat hari hingga Isnin depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 37 (1) Akta Bekalan Elektrik 1990/379 Kanun Keseksaan kerana mencuri arus elektrik bagi tujuan melombong bitcoin," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 14 2022
Kesemua lelaki berkenaan dipercayai penjaga premis serta ejen 'To Up Games'.
ESSCOM tahan 37 individu dalam operasi bersepadu di Kalabakan
Sebanyak 37 individu ditahan melibatkan pelbagai kesalahan dalam operasi Pos Pemeriksaan Darat (RCP) di bawah ESSCOM.
[TERKINI] Penyanyi veteran Hail Amir meninggal dunia
Penyanyi veteran, Datuk Hail Amir, 76 dilaporkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada jam 3.40 petang, Isnin.
OKU Sentral bantah istilah digunakan Isaiah Jacob dalam merujuk kepada OKU
OKU Sentral menyuarakan rasa kecewa, dan membantah tindakan Senator Isaiah Jacob berterusan menggunakan istilah "specially abled".
Adobe tamatkan penawaran Photoshop Mix, Fix untuk Android
Pengguna boleh menggunakan Photoshop Express yang menyertakan pelbagai ciri-ciri yang terdapat pada kedua-dua aplikasi tersebut.
Faisal Halim jalani pembedahan hampir empat jam
Pemain sayap skuad kebangsaan, Faisal Halim, dilaporkan semakin stabil selepas menjalani pembedahan hampir empat jam tengah malam tadi.
Penyanyi veteran Hail Amir meninggal dunia
Penyanyi veteran, Hail Amir dilaporkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada jam 3.40 petang, Isnin.
Kertas siasatan logo mirip kalimah Allah pada kasut diserah kepada AG
Kertas siasatan berhubung logo yang didakwa mirip kalimah Allah tertera pada tapak kasut telah diserahkan kepada Peguam Negara.
Pertumbuhan pinjaman industri perbankan 5.4 peratus seiring jangkaan bagi tahun ini
Pertumbuhan pinjaman sektor perbankan sebanyak 5.4 peratus setakat tahun ini, adalah sejajar dengan unjuran julat pertumbuhan 4.0-5.0 peratus bagi 2024.
Penunjuk perasaan kampus bertembung di Chicago
Penunjuk perasaan Pro-Palestin dan pro-Israel Universiti DePaul di Chicago, Illinois mengadakan protes serentak pada Ahad sebagai tanda sokongan mereka kepada Israel dan Palestin dalam perang di Gaza.
Israel mulakan pemindahan penduduk Palestin di Gaza
Tentera Israel mengarahkan penduduk Palestin di Rafah untuk berpindah kepada kawasan yang didakwanya sebagai 'zon kemanusiaan' pada Isnin
Polis buru lelaki edar kad judi dalam talian, pinjaman wang tanpa lesen di bazar Ramadan
Kegiatan tersebut tular menerusi rakaman yang dibuat di media sosial oleh salah seorang peniaga di bazar tersebut.
61 individu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan urus rumah judi
Seramai 61 individu dituduh membantu menguruskan sebuah premis di pusat beli-belah di Subang Jaya sebagai rumah judi terbuka.
Enam mengaku tidak bersalah promosi judi dalam talian
Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Pusat panggilan judi dalam talian dibongkar, polis tahan empat warga Nepal
Polis Pulau Pinang membongkar kegiatan judi dalam talian di sebuah pusat panggilan yang mengaut keuntungan RM15,000 hingga RM20,000 sebulan.
Judi dalam talian: 14 rakyat China, tiga lelaki tempatan ditahan - KP Imigresen
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket perjudian dalam talian dengan menahan 17 individu di sebuah premis di Jalan Kerinchi, Bangsar, di sini, semalam.
Sindiket judi jana pendapatan RM3 juta sebulan didalangi warga China tumpas
14 lelaki dan seorang wanita ditahan dalam serbuan itu, dengan sembilan daripada lelaki berkenaan adalah rakyat China, termasuk ketua sindiket.
Indonesia sekat akses ke lebih 800,000 item kandungan perjudian dalam talian
Pencapaian itu adalah hasil tindakan menyekat kandungan perjudian dalam talian yang telah dijalankan Kominfo sejak lima tahun lalu.
Op Dadu Khas: 1,871 individu ditahan seluruh negara
Seramai 1,871 individu ditahan dalam Op Dadu Khas bertujuan membanteras judi dalam talian dan loteri awam tanpa lesen yang dijalankan di seluruh negara pada 22 Sept hingga 5 Okt lepas.
Raih RM13 juta, sindiket judi dalam talian tumpas, tujuh ditahan
Serbuan yang dilakukan pada 1 tengah hari oleh sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras.
153 individu ditahan terlibat judi dalam talian
Sebanyak 153 individu ditahan dalam 136 serbuan menerusi Op Dadu Khas terhadap premis yang disyaki menjalankan kegiatan judi dalam talian dan loteri awam di Johor bemrula Jumaat lepas hingga semalam.