awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Judi Euro 2020: 31 ditahan terbabit dalam pertaruhan RM2 juta

Astro Awani
Astro Awani
12/07/2021
13:52 MYT
Judi Euro 2020: 31 ditahan terbabit dalam pertaruhan RM2 juta
Suspek berusia 17 hingga 55 tahun itu ditahan dalam Op Soga VIII yang dilancarkan bagi membanteras aktiviti perjudian sempena Euro 2020 bermula 12 Jun lepas. - Gambar fail
ALOR SETAR: Dua wanita antara 31 individu ditahan dipercayai terbabit dalam pertaruhan judi membabitkan Euro 2020, kata Ketua Polis Kedah Datuk Kamarul Zaman Mamat.
Beliau berkata kesemua individu yang berumur 17 hingga 55 tahun itu ditahan dalam Op Soga VIII yang dilancarkan bagi membanteras aktiviti perjudian bermula 12 Jun lepas hingga hari ini.
"Sepanjang operasi ini, polis telah membuat 27 serbuan di negeri ini dan menahan 29 lelaki serta dua wanita. Selain itu, polis turut merampas 40 telefon bimbit, empat komputer, tiga komputer riba, satu tablet, dua modem dan wang tunai berjumlah RM33,326.
"Hasil siasatan dan risikan polis menganggarkan nilai pertaruhan keseluruhan adalah RM2 juta. Pertaruhan perjudian dijalankan menggunakan aplikasi mesej dan permainan video dalam talian serta beberapa laman sesawang lain," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya siasatan dijalankan mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun dan denda hingga RM200,000, jika sabit kesalahan.
Polis akan terus membanteras aktiviti perjudian di negeri ini dan menyeru orang ramai supaya menyalurkan maklumat berkaitannya di talian 04-7326999 atau 04-7741403, katanya.
Topic Berkaitan
#Euro 2020
#judi
#pertaruhan
#Polis Kedah
#31 ditahan
#wanita
#rampasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan