awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Judi sabung ayam: 43 lelaki termasuk warga asing ditahan

Muhammad Aiman Hakeem
Muhammad Aiman Hakeem
09/10/2022
02:00 MYT
Judi sabung ayam: 43 lelaki termasuk warga asing ditahan
Seramai 27 lelaki tempatan dan 16 lelaki warga asing berumur di antara 22 dan 60 tahun ditahan dalam serbuan pada Sabtu. -Foto PDRM
KOTA TINGGI: Seramai 43 individu termasuk warga asing ditahan polis selepas terlibat dalam aktiviti perjudian sabung ayam dalam serbuan di Ladang Kumpulan Melayu, Tunjuk Laut, Kuala Sedili, di sini, pada Sabtu.
Serbuan yang dibuat sekitar jam 4.15 petang itu berjaya menahan 27 lelaki tempatan dan 16 lelaki warga asing, berumur di antara 22 hingga 60 tahun.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, pihak polis turut merampas 13 ekor ayam laga, sangkar ayam dan beberapa peralatan judi sabung ayam serta wang tunai berjumlah RM8,192.
"Operasi dijalankan sepasukan anggota polis dari Bahagian D7, Jabatan Siasatan Jenayah IPK Johor, dibantu Bahagian Siasatan Jenayah dari IPD Kota Tinggi, IPD Johor Bharu Selatan, IPD Pontian dan IPD Iskandar Puteri.
"Semasa serbuan dijalankan, dua lelaki tempatan telah cuba melarikan diri daripada pihak polis namun berjaya ditahan.
"Permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas kesemua tahanan akan dipohon di Mahkamah Majistret Kota Tinggi pada Ahad untuk membantu siasatan.
"PDRM Kota Tinggi memberi amaran keras dan akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana individu yang terlibat dalam aktiviti perjudian sabung ayam ini," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.
Tambah Hussin, kes disiasat mengikut Seksyen 32(1) (a), Seksyen 32 (2)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63.
Topic Berkaitan
#Akta Imigresen
#judi sabung ayam
#Ladang Kumpulan Melayu
#Kuala Sedili
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan