awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah kes COVID-19 dijangka menurun Januari ini

Bernama
Bernama
24/12/2023
07:10 MYT
Jumlah kes COVID-19 dijangka menurun Januari ini
Dr Dzulkefly berkata, tindakan diambil oleh KKM pada masa ini adalah wajar mengikut keperluan serta bersistematik dan bukan sahaja melihat kepada jumlah kenaikan kes semata-mata. - Gambar/ Bernama
KLANG: Jumlah kes jangkitan wabak COVID-19 dijangka menurun bulan hadapan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata situasi COVID-19 ketika ini dipantau berdasarkan empat kriteria iaitu jumlah kes jangkitan, kes kematian dan kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) serta beban yang dihadapi oleh fasiliti kesihatan terutamanya hospital.
"Insya-Allah, pada Januari ini ia (jangkitan) akan turun, sama-sama kita doakan," katanya yang ditemui pada Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara 2023 di sini hari ini.
Semalam, Dr Dzulkefly memaklumkan kes COVID-19 bagi Minggu Epidemiologi ke-51 iaitu bagi tempoh 17 hingga 22 Dis meningkat sebanyak 29.5 peratus kepada kepada 22,413 kes berbanding 17,307 kes direkodkan pada minggu sebelumnya.
Menurut Dr Dzulkefly tindakan diambil oleh Kementerian Kesihatan (KKM) pada masa ini adalah wajar mengikut keperluan serta bersistematik dan bukan sahaja melihat kepada jumlah kenaikan kes semata-mata.
"Ada yang marah kerana tidak mewajibkan pemakaian pelitup muka, tetapi saya tidak akan terpengaruh dengan pendekatan emosi dan apa yang saya lakukan adalah berdasarkan bukti yang tertakluk kepada sistem amaran awal dan itu akan diteruskan," katanya.
Beliau berkata seandainya berlaku perubahan besar dan drastik, KKM akan merujuk kepada empat kriteria yang ditetapkan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#KKM
#Dr Dzulkefly Ahmad
#kes menurun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan