Ketiga-tiga negeri di pantai timur Semenanjung mencatatkan peningkatan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan pagi ini, dengan jumlah terbesar dicatatkan di Kelantan, daripada 8,505 orang malam tadi kepada 15,624 orang pagi ini.
Di Pahang, jumlah meningkat daripada 1,038 orang semalam kepada kepada 1,586 orang dan di Terengganu daripada 7,567 malam tadi kepada 8,595 orang pagi ini.
Menurut portal banjir kerajaan negeri Kelantan, mangsa banjir kini ditempatkan di 108 pusat pemindahan berbanding 90 malam tadi, yang dibuka di semua sembilan jajahan - Kota Baharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Gua Musang, Tumpat dan Bachok.
Pusat pemindahan di SMK Ayer Lanas di Jeli bagaimanapun ditutup pagi ini.
Di Pasir Mas, jumlah mangsa banjir meningkat mendadak iaitu daripada 1,628 malam tadi kepada 7,595 mangsa pagi ini dan kesemuanya kini ditempatkan di 32 pusat pemindahan antaranya di Masjid Chasi, SK Tok Uban dan SMK Kangkong.
Jumlah mangsa banjir di Kuala Krai mencatatkan sedikit peningkatan iaitu daripada 2,372 orang kepada 2,629 mangsa pagi ini dan kini ditempatkan di 14 pusat pemindahan (13 pusat malam tadi) antaranya di SK Telekong, SMK Keroh, SK Sungai Embak dan SM Teknik Kuala Krai.
Dalam jajahan Tanah Merah, jumlah mangsa banjir menurun daripada 1,458 malam tadi kepada 1,429 orang pagi ini, kesemua mangsa ditempatkan di 22 pusat pemindahan antaranya SK Kulim, Madrasah Kampung Renat dan Madrasah Bendang Besar.
Di Machang, jumlah mangsa turut sedikit menurun daripada 1,458 kepada 1,316 mangsa yang ditempatkan di 22 pusat pemindahan, sementara di Kota Baharu, meningkat daripada 816 malam tadi kepada 1,280 mangsa pagi ini, dan mangsa ditempatkan di sembilan pusat pemindahan (berbanding 6 pusat malam tadi).
Dalam jajahan Pasir Puteh, jumlah mangsa meningkat daripada 626 malam tadi kepada 686 mangsa pagi ini manakala di Bachok, jumlah mangsa yang dipindahkan kekal 60 orang, di Tumpat meningkat daripada 126 malam tadi kepada 545 mangsa pagi ini sementara di Gua Musang, sebanyak 84 mangsa ditempatkan di Pejabat Rancangan Kemajuan Tanah Kesedar Lebir.
Setakat pukul 8 pagi, paras air di lima sungai menurun namun masih berada pada tahap bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang 10.51 meter (paras bahaya 9.00 meter).
Paras air di Sungai Kelantan iaitu di Tambatan Diraja, Kota Baharu dilaporkan berada pada paras 5.34 meter (paras bahaya 5.00 meter), Sungai Kelantan di Tangga Krai, Kuala Krai merekodkan bacaan 25.94 meter (paras bahaya 25 meter) dan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah merekodkan bacaan 17.38 meter (paras bahaya 16.00 meter).
Paras air Sungai Lebir di Gua Musang pula merekodkan bacaan 35.13 meter berbanding paras bahaya 35.00 meter. Keadaan cuaca mendung dan kadang kala hujan.
Di Pahang, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata sebuah pusat pemindahan baharu di Pusat Bina Insan Jaya Gading turut dibuka pada pukul 11 malam tadi bagi menempatkan 48 orang daripada 12 keluarga selepas kediaman mereka di Kampung Jaya Gading dinaiki air.
"Lima lagi pusat pemindahan yang beroperasi ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan yang menempatkan 883 mangsa daripada 235 keluarga dari Kampung Pandan 2, Chendering dan Lubuk Puyu.
"Sekolah Kebangsaan (SK) Fakeh Samad (320 mangsa daripada 62 keluarga) dari Taman Tas Jaya, SMK Gudang Rasau (209 mangsa daripada 47 keluarga) dari Kampung Gudang Rasau, Dewan Orang Ramai Seri Damai (91 mangsa daripada 31 keluarga) dari Kampung Seri Damai dan SK Kempadang (35 mangsa daripada 8 keluarga) dari PPRT Kempadang," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata,hanya satu laluan utama di KM 16 Jalan Kuantan-Sungai Lembing ditutup kepada kenderaan ringan setelah dinaiki air sedalam 0.5 meter.
Di Terengganu, keadaan banjir dalam lima buah daerah tidak berubah tetapi jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 8,595 pagi ini.
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri Terengganu, daerah Hulu Terengganu mencatat bilangan mangsa paling banyak iaitu 3,066 orang melibatkan 949 keluarga.
Ini diikuti daerah Besut 2,151 mangsa (565 keluarga), Setiu 1,746 mangsa (463 keluarga), Kemaman 850 mangsa (246 keluarga) dan Dungun 778 mangsa (215 keluarga).
Sebanyak 114 buah pusat pemindahan di Terengganu telah beroperasi iaitu 22 di Besut, 19 di Dungun, 37 di Hulu Terengganu, 19 di Kemaman dan 17 di Setiu.
Sementara itu, bacaan paras air sungai di beberapa batang sungai utama di negeri ini mencatatkan kenaikan dan berada di tahap bahaya - Sungai Marang di Pengkalan Berangan, Marang 3 meter (bahaya 2.77 meter), Sungai Berang di Kampung Menerong, Hulu Terengganu 24.02 meter (bahaya 24.50 meter) dan Sungai Besut di Jambatan Keruak 35 meter (bahaya 34.26 meter).
Paras air di sungai-sungai yang lain dilaporkan sedang meningkat berikutan cuaca buruk dan masih berlaku hujan lebat di beberapa kawasan.
Bernama
Fri Dec 19 2014
Ketiga-tiga negeri di pantai timur Semenanjung mencatatkan peningkatan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan. -Gambar fail
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Kebersihan Bandaraya Diraja Klang: Selangor terima teguran Sultan Sharafuddin
Kerajaan Selangor menerima dengan hati terbuka teguran Sultan Sharafuddin yang menzahirkan keprihatinan berhubung tahap kebersihan di Bandaraya Diraja Klang.
Mangsa banjir di Pantai Timur meningkat, Perak, Johor kekal
Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan berterusan di beberapa negeri sehingga esok, termasuk Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, dan Terengganu.
Semakin ramai mangsa banjir di Pantai Timur, Johor ditempatkan di PPS
Situasi banjir di Pantai Timur dan Johor bertambah buruk malam ini apabila semakin ramai mangsa ditempatkan di PPS.
Cadangan bina PPK langkah proaktif hadapi bencana - Timbalan Premier
Pembinaan pusat pemindahan kekal (PPK) terutamanya di kawasan berisiko banjir merupakan langkah proaktif kerajaan dalam menghadapi bencana.
PDRM siap sedia hadapi gelombang banjir seterusnya - Ayob Khan
PDRM bersiap siaga bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Amaran hujan lebat tahap buruk, waspada di enam negeri
Hujan berterusan tahap waspada sehingga Khamis ini dijangka berlaku di seluruh Perlis dan beberapa kawasan di Kedah.
Keterlibatan sukarelawan wanita penting dalam misi bantuan bencana
Nilai empati dan sifat prihatin wanita yang lebih dominan membantu dari segi bantuan psikosial kepada mangsa banjir.
Amaran hujan berterusan tahap buruk di Terengganu, Pahang hingga esok
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di Terengganu dan Pahang sehingga esok.
Gua Musang dilanda banjir, 114 mangsa berpindah ke PPS
Jalan Penempatan Chiku 7 dan Jalan Pulai-Kuala Tuang ditutup kepada semua kenderaan, manakala Jalan Felda Aring 5 pula ditutup kepada kenderaan ringan.
Banjir: Gua Musang, Kuala Krai dan Tanah Merah mula dinaiki air
Di Gua Musang, seramai 1,650 penduduk di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Chalil terputus hubungan ekoran jambatan penghubung sepanjang kira-kira 60 meter tenggelam akibat limpahan Sungai Chalil