awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah mangsa banjir di Perak berkurangan petang ini

Bernama
Bernama
26/05/2022
11:36 MYT
Jumlah mangsa banjir di Perak berkurangan petang ini
Mangsa banjir Chan Chew Mun, 73, bersama rakan yang lain ceria ketika dikunjungi oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad di Pusat Penempatan Sementara Banjir di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chong Hua 1. - Gambar fail/BERNAMA
IPOH: Jumlah mangsa banjir di Perak pada petang ini berkurangan kepada 113 orang daripada 39 keluarga berbanding 202 mangsa daripada 60 keluarga pada pagi tadi.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak berkata di daerah Muallim, sebanyak 71 mangsa masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Trolak Pekan dan 42 orang di Sekolah Kebangsaan Kuala Slim.
"Beberapa PPS lain sudah ditutup berikutan mangsa terlibat dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas banjir surut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata di daerah Batang Padang, PPS di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Choong Hua 1, Bidor ditutup selepas 17 warga emas yang diselamatkan telah dibenarkan pulang.
Katanya, banjir di daerah Hilir Perak melibatkan kawasan Langkap turut pulih sepenuhnya dan PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan Langkap ditutup petang ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#Perak
#banjir Perak
#Pusat Pemindahan Sementara
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan