awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ugut KP Kelantan: Dipercayai ada kaitan lebih 100 kes along dibuka semula
Bersatu terima hasrat Muhyiddin berundur, Pas sedia pimpin PN hadapi PRU16
Piala EFL: Manchester City cari tonik baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun, 10 pusat pemindahan sementara masih aktif

Bernama
Bernama
13/01/2026
00:40 MYT
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun, 10 pusat pemindahan sementara masih aktif
Antara PPS menempatkan mangsa paling ramai ialah PPS Sekolah Kebangsaan Tanah Puteh di Serian dengan 448 mangsa daripada 131 keluarga. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUCHING: Jumlah mangsa banjir di Sarawak mencatatkan penurunan sedikit setakat 8 pagi ini, dengan 1,773 mangsa daripada 560 keluarga masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 1,822 mangsa daripada 587 keluarga petang semalam.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan sebanyak 10 PPS masih aktif setakat ini, melibatkan kawasan Serian, Sibu, Bintulu dan Sebauh.
"Antara PPS menempatkan mangsa paling ramai ialah PPS Sekolah Kebangsaan Tanah Puteh di Serian dengan 448 mangsa daripada 131 keluarga; Dewan Masyarakat Serian (325 mangsa daripada 94 keluarga) dan PPS Dewan Suarah Bintulu (306 mangsa daripada 114 keluarga).
"Selain itu, PPS Dewan Sri Kemena Sekolah Menengah Kebangsaan Sebauh menempatkan 164 mangsa daripada 53 keluarga," menurut makluman itu.
Bencana banjir di Sarawak kali ini bermula pada 31 Dis tahun lepas, apabila beberapa kawasan di sekitar bandar raya Kuching dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#banjir
#Sarawak
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan