Situasi banjir di Terengganu tidak banyak berubah setakat 1 tengah hari ini dengan hanya 11 mangsa dibenarkan pulang sejak pagi tadi.

Ketika ini terdapat 1,449 mangsa daripada 331 keluarga di lima pusat pemindahan di tiga daerah di negeri ini.

Berdasarkan Infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat, jumlah mangsa banjir di Kuala Terengganu berkurangan kepada 1,352 orang daripada 1,361 orang pagi tadi, sementara di Marang merekodkan 19 mangsa berbanding 21 orang pada sebelah pagi.

Jumlah mangsa di Dungun kekal pada 78 orang daripada 20 keluarga yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Durian Mentangau.

-- BERNAMA