awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah mangsa banjir di tiga negeri meningkat malam ini

Bernama
Bernama
18/10/2024
14:56 MYT
Jumlah mangsa banjir di tiga negeri meningkat malam ini
Di Perak, jumlah mangsa yang berlindung di 12 PPS meningkat kepada 1,587 orang berbanding 1,459 orang petang tadi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Keadaan cuaca yang tidak menentu menyebabkan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Perlis dan Selangor meningkat manakala banjir di Kedah serta Pahang beransur pulih setakat 8 malam ini.
Di PERAK, Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan jumlah mangsa yang berlindung di 12 PPS meningkat kepada 1,587 orang berbanding 1,459 orang petang tadi.
Keadaan sama direkodkan di PERLIS dengan jumlah mangsa dipindahkan meningkat kepada 47 orang berbanding 28 orang, sementara di SELANGOR mangsa yang berlindung di PPS sedikit bertambah kepada 117 orang berbanding 105 orang, petang tadi.
Banjir di KEDAH pula beransur surut dengan merekodkan 137 mangsa masih ditempatkan di satu PPS di daerah Kota Setar berbanding 203 mangsa, petang tadi.
Di PAHANG, jumlah mangsa banjir di enam PPS di daerah Temerloh mencatatkan penurunan kepada 1,418 orang berbanding 1,616 orang, petang tadi.
Sementara itu, NADMA yang memetik laporan Jabatan Pengairan dan Saliran turut memaklumkan sembilan sungai masing-masing di Sarawak, Perak dan Selangor berada dalam kategori bahaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#PPS
#NDCC
#NADMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan