awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah mangsa terjejas banjir di Sabah meningkat kepada 1,958

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
12/05/2022
02:25 MYT
Jumlah mangsa terjejas banjir di Sabah meningkat kepada 1,958
Sebanyak 17 PPS telah diaktifkan bagi menempatkan mangsa-mangsa yang terjejas akibat banjir di daerah Beaufort dan Tenom. - Foto APM Sabah
KOTA KINABALU: Jumlah mangsa yang terjejas banjir di Sabah kini meningkat kepada 1,958 berbanding 1,826 yang dilaporkan petang semalam.
Menurut kemas kini Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Sabah, jumlah tersebut membabitkan seramai 733 ketua isi rumah (KIR).
Katanya, setakat jam 8 pagi ini, jumlah mangsa terjejas banjir di Tenom tidak menunjukkan perubahan, iaitu seramai 1,608 daripada 638 keluarga.
"Bagaimanapun, jumlah mangsa banjir di Beaufort telah meningkat kepada 350 mangsa daripada 95 keluarga, berbanding hanya 218 mangsa yang dilaporkan semalam," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Sementara itu, sebanyak 17 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah diaktifkan bagi menempatkan mangsa-mangsa yang terjejas akibat banjir di kedua-dua daerah ini.
Selain daripada Dewan Selagon, terdapat penambahan satu lagi PPS yang telah di buka di Beaufort, iaitu Dewan DSP Dun Banir.
Sementara di Tenom, kekal dengan 15 PPS aktif, iaitu Dewan Kebudataan Mandalom Lama, Rumah Kebudayaan Ponontomon dan Dewan Mini Jinuim Jimin, antara lain.
Dalam pada itu, kemas kini berkenaan turut menyatakan bahawa trend semasa banjir di Sabah adalah kekal setakat ini.
Topic Berkaitan
#banjir
#Sabah
#PPS
#mangsa banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan