awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah pelancong menurun ke Langkawi setiap awal tahun

Agensi
Agensi
01/02/2020
05:13 MYT
Jumlah pelancong menurun ke Langkawi setiap awal tahun
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Mohd Firdaus Ahmad. - Foto BERNAMA.
Jumlah kemasukan pelancong ke Langkawi menurun setiap awal tahun dan bukannya baharu berlaku tahun ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Mohd Firdaus Ahmad berkata, tidak sesuai apabila mengaitkan industri pelancongan di Langkawi terjejas gara-gara terdapat kes koronavirus melibatkan seorang pelancong berusia empat tahun yang dirawat di Hospital Sultanah Malihah.
Memetik laporan Sinar Harian, beliau berkata, pulau itu memang kurang menerima pelancong pada Januari dan Februari kerana kebanyakan negara tidak bercuti pada dua bulan tersebut.
"Kurang sesuai untuk mana-mana pihak membuat kesimpulan industri pelancongan di Langkawi terjejas ketika trend sememangnya menunjukkan kekurangan pengunjung, situasi sama turut berlaku pada tahun-tahun sebelum ini," katanya hari ini.
Atas sebab itu Mohd Firdaus yang juga Exco Penerangan, Komunikasi dan Multimedia dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kedah berkata, tindakan mengukur jumlah kemasukan pelancong ketika ini tidak sesuai.
"Kemasukan pelancong akan meningkat pada April, Mei dan Jun ketika itu ramai pelancong Arab akan berkunjung ke sana.
"Pada Julai dan Ogos pula, trend kemasukan pelancong menurun semula dan meningkat pada September dan Oktober manakala November menurun sebelum melonjak semula pada Disember," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, fasa pertama pengedaran 400 topeng muka kepada penduduk di Langkawi telah dilaksanakan sebagai langkah berjaga-jaga.
"Kita bahagikan 200 keping di kawasan tumpuan ramai seperti jeti dan pusat beli-belah, 100 keping di sekolah dan 100 di sekitar kampung-kampung," katanya.
Topic Berkaitan
#ADUN
#Hospital Sultanah Malihah
#koronavirus
#Langkawi
#menurun
#Mohd Firdaus Ahmad
#pelancong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan