awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah positif COVID-19 di Malaysia akan memuncak pertengahan April - WHO

Firdaus Azil
Firdaus Azil
02/04/2020
07:00 MYT
Jumlah positif COVID-19 di Malaysia akan memuncak pertengahan April - WHO
Berdasarkan langkah yang diambil kerjaan, WHO membuat kesimpulan bahawa penularan itu tidak merebak dengan pantas dalam negara ini. Gambar hiasan.
Jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia dijangka akan mencapai kemuncak pada pertengahan April, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Wakil WHO ke Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura, Dr Lo Ying-Ru berkata, bagaimanapun terdapat kesan positif daripada langkah pengawalan yang dijalankan kerajaan, termasuk pemanjangan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Ada tanda-tanda lengkungan itu telah diratakan, tetapi kes positif akan meningkat sekiranya tindakan pengawalan itu ditamatkan, dan jika rakyat tidak terus mengambil langkah-langkah keselamatan,” katanya melalui e-mel kepada Reuters.
Dr Lo berkata, berdasarkan data yang dikongsikan kerajaan mengenai jangkitan baharu, serta langkah yang diambil, dapat disimpulkan bahawa penularan itu tidak merebak dengan pantas dalam negara ini.
Sehingga 12 tengah hari Rabu, Malaysia mencatatkan jumlah kes positif tertinggi di kalangan negara-negara ASEAN, iaitu sebanyak 2,908 kes dengan 102 individu sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Kementerian Kesihatan Malaysia pada Rabu memaklumkan bahawa kadar jangkitan baharu setiap hari semakin menurun dengan pelaksanaan PKP selain PKP Diperketat di beberapa kawasan yang dikategorikan sebagai kritikal.
Selain itu, kerajaan juga telah meningkatkan kadar keupayaan dengan 7,000 ujian saringan sehari, berbanding 3,500 pada minggu sebelumnya.
Topic Berkaitan
#ASEAN
#COVID-19
#ICU
#Kementerian Kesihatan
#keselamatan
#Malaysia
#rakyat
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan