SECARA peribadi, tanggal 18 Mac lepas merupakan hari yang memberikan kenangan tersendiri kepada penulis, kerana buat pertama kali penulis menjejakkan kaki di sebuah perkampungan Orang Asli.
Terpengaruh dengan stereotaip, sejujurnya penulis terperanjat melihat Kampung Orang Asli Serendah di Hulu Selangor, Selangor itu yang dihuni oleh kira-kira 300 penduduk Orang Asli suku Temuan.
Bukan rumah kayu daif seperti yang dibayangkan oleh penulis, sebaliknya kediaman moden daripada konkrit yang dilengkapi elektrik dan bekalan air paip, selain kebanyakan rumah juga mempunyai piring satelit untuk siaran televisyen.
Nyata kerajaan tidak meminggirkan kaum Orang Asli daripada arus pemodenan.
Namun, di sebalik kehidupan yang agak moden itu, komuniti tersebut masih mengekalkan cara hidup tradisional mereka termasuk memanfaatkan hasil hutan di perkampungan mereka dalam kehidupan sehari-hari selain sebagai sumber pendapatan.
'JUNGLE TREKKING'
Mengimbas perjalanan pada hari berkenaan, penulis yang diselubungi "kelesuan COVID-19", begitu teruja apabila dipelawa penganjur bengkel kewartawanan alam sekitar, Internews yang juga sebuah organisasi tidak berasaskan keuntungan, menyertai program "hiking" dengan Orang Asli di Serendah, bersama-sama 15 lagi pengamal media.
Awal pagi kami berkumpul di Bandar Kinrara, Puchong, Selangor sebelum menempuh perjalanan selama kira-kira sejam pemanduan ke kampung berkenaan yang sebenarnya terletak tidak jauh di pinggir ibu kota Kuala Lumpur.
Ketibaan kami di kampung itu disambut oleh wakil penduduk yang turut berperanan sebagai pemandu kembara kami, Elok Sapa, 68, serta dua penyelaras daripada badan bukan kerajaan (NGO) Native, iaitu Emily Wong dan Colin Ray.
Native merupakan NGO berkaitan Orang Asli yang bertanggungjawab menganjurkan program kembara denai itu dalam usaha memberi peluang kepada masyarakat luar mengenali Orang Asli dengan lebih dekat, selain menjana pendapatan sampingan bagi komuniti tersebut melalui kegiatan ekopelancongan.
"Kami menghabiskan masa lima minggu untuk membuka denai trekking yang bakal kalian tempuhi nanti," kata Wong semasa menyampaikan taklimat keselamatan sebelum kembara bermula.
Kesegaran udara dan kehijauan rimba yang mengelilingi perkampungan itu bagaikan memberi tenaga baharu kepada penulis, menyebabkan timbul rasa tidak sabar untuk memulakan kembara meredah hutan tersebut.
"Moh kitak jalan!" ungkap Elok yang mahu kami memanggilnya Pak cik Elok selepas taklimat ringkas itu selesai, bermaksud "ayuh kita bergerak."
Bunyi deruan air Sungai Serendah serta kicauan unggas mengiringi kembara kami yang bermula dengan merentasi kebun getah. Semakin jauh perjalanan, tanaman getah kini berganti dengan pepohon hutan. Sesekali kedengaran bunyi "klik" kamera telefon, merakam apa sahaja yang menarik perhatian peserta kembara.
TIMBA ILMU
Bagi penulis yang sudah sekian lama tidak meredah hutan, perjalanan itu agak mencabar dan menguji ketahanan fizikal. Ditambah pula dengan nyamuk yang "menyerang" kami dari segenap arah, menyebabkan kami terpaksa menyembur badan dengan aerosol penghalau nyamuk.
Berbanding kami yang rata-rata sudah mula tercungap-cungap keletihan, Pak cik Elok kekal tangkas mengatur langkah sambil tangannya pantas melibas parang kecil menebas belukar yang menghalang laluan.
Perjalanan kami terhenti seketika apabila hidung kami disengat bau tengik seakan petai.
"Ini bau buah kerdas. Kami jadikannya ulam, sedap dimakan dengan sambal. Namun tidak boleh dimakan terlalu banyak, takut nanti susah pula hendak kencing," jelas Pak cik Elok sambil meraih dahan pokok kerdas dan memetik buah yang seakan kekacang itu.
Di atas tanah, kelihatan buah kerdas yang sudah terkupas - sekali imbas seperti buah berangan - bertaburan, iaitu sumber aroma tengik yang kami bau.
Buah kerdas yang dipetik dikupas dan dihulurkan kepada kami.
"Sedap, rasa macam bawang putih tapi lepas mengunyah lama baru ada rasa macam petai," kata Nadiah Rosli, 37, seorang peserta dalam rombongan kami.
Perjalanan kami diteruskan dengan menelusur beberapa cerun yang agak curam dan licin akibat hujan lebat sehari sebelumnya.
Sekali sekala kedengaran ungkapan "aduh" peserta yang terjatuh dek kelicinan denai. Selut yang memenuhi laluan juga memperlahankan langkah kami.
PANTANG LARANG
Kami kemudian tiba di satu kawasan yang agak lapang dan di situ kelihatan tindanan anyaman daun seperti atap nipah yang biasa penulis lihat dalam dokumentari. Pak cik Elok kemudian duduk dan mula menganyam daun tersebut.
"Satu daripada bahan binaan rumah kami adalah daun pokok bertam ini yang digunakan sebagai atap. Daunnya kalis air," jelasnya, menambah sebelum dianyam, daun bertam tersebut perlu diasapkan bagi melembutkan struktur daun.
"Selalunya, atap bertam ini dapat bertahan selama tiga hingga enam bulan. Selain itu, batang bertam boleh dijadikan joran untuk memancing ikan," kata Pak cik Elok, menambah pokok bertam adalah tumbuhan berduri, justeru perlu berhati-hati ketika menebang pokok berkenaan.
Perjalanan kemudian diteruskan.
Selepas hampir dua jam kami meneroka denai hutan itu, kami tiba di sebuah pondok yang diperbuat daripada buluh dan kayu serta beratapkan daun bertam milik Pak cik Elok.
Sambil berehat di pondok itu Pak cik Elok berkongsi tentang pantang larang ketika di dalam hutan yang baginya perlu diketahui dan diberi perhatian oleh setiap pengunjung.
"Bagi kami masyarakat Orang Asli, setiap objek dalam hutan mempunyai semangat tertentu yang mempengaruhi kehidupan. Sebagai contoh, kami percaya setiap hutan ada pemiliknya dan jika memasuki kawasannya, kena minta izin dahulu dan mematuhi peraturannya.
"...tidak boleh celopar, berteriak tidak tentu pasal atau ketawa berlebihan.
"Jangan menyahut sembarangan, bergurau ataupun memetik sembarangan bunga-bunga yang ada dalam hutan kerana dikhuatiri ada ketikanya boleh menyebabkan seseorang tidak menemui jalan pulang ataupun disampuk (dirasuk)," katanya.
KEHIDUPAN ORANG ASLI
Hampir tiga jam kembara, kami akhirnya tiba di 'garis penamat' dan meneruskan perjalanan ke sebuah kawasan lapang berdekatan air terjun untuk menikmati makanan tengah hari yang disediakan oleh masyarakat Temuan.
Kembara yang berbaloi walaupun agak meletihkan kerana selain mendekati alam semula jadi, penulis turut berpeluang mengenali sedikit-sebanyak cara hidup suku Temuan.
"Kebanyakan Orang Asli di sini mengamalkan gaya hidup moden, menghuni rumah batu yang dilengkapi kemudahan asas seperti air dan elektrik dengan sesetengahnya pula bekerja kilang serta mampu memiliki kereta.
"Selain itu, di setiap perkampungan Orang asli juga sudah dibina sekolah untuk anak-anak mereka mendapatkan pendidikan awal, dan kebanyakan daripada mereka mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh atau sekolah menengah di bandar yang menawarkan kemudahan asrama.
"Sememangnya masyarakat Orang Asli pada masa sekarang sangat moden berbanding dahulu kerana kerajaan banyak membantu mereka dari segi pendidikan, peluang pekerjaan, pertanian dan perhutanan," kata Ray yang mempelawa masyarakat luar menyertai kegiatan tersebut.
(Mereka yang berminat boleh menghubungi Native menerusi Facebook dan Instagram).
JANGAN LUPA ASAL USUL
Bagi Pak cik Elok dan isterinya Bidah Anak Datang, 67, di sebalik aspek pemodenan yang diterapkan dalam komunitinya, mereka masih menitikberatkan soal jati diri dan budaya agar tidak luput ditelan zaman.
"Kami sangat bersyukur kerana pelbagai pihak terutamanya kerajaan, sangat prihatin terhadap nasib Orang Asli dan memastikan kami tidak jauh ketinggalan meskipun ada antara kami yang masih tinggal di dalam hutan.
"Saya selalu berpesan kepada anak-anak dan generasi muda di kampung ini, sejauh mana pun kita pergi jangan lupa akan asal usul, dan sekiranya sudah berjaya sekalipun, kembalilah untuk berbakti kepada komuniti," kata Bidah.
Memetik laporan Bernama pada 20 Nov lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata berpaksikan falsafah Keluarga Malaysia, kerajaan sentiasa menekankan pembelaan terhadap masyarakat Orang Asli di seluruh negara termasuk dalam aspek pendidikan.
Keluarga Malaysia antaranya turut mengamalkan prinsip "tiada golongan yang dipinggirkan", bagai berdiri sama tinggi, duduk sama rendah, bersukat sama paras, bertimbang sama berat, yang mana kerajaan memberikan fokus jitu terhadap pemerkasaan pendidikan masyarakat Orang Asli.
Di samping itu, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) turut melaksanakan pelbagai program rentas kementerian untuk membuka ruang kepada lebih ramai anak Orang Asli melanjutkan pengajian di universiti dan bekerja dalam bidang profesional.
Konsep Keluarga Malaysia ditekankan dalam Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia yang berlangsung dari 25 Mac (hari ini) selama tiga hari di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis.
-- BERNAMA
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
Bernama
Sun Mar 27 2022
Pemandu pelancong Kampung Orang Asli Serendah, Elok Sapa, 68 (kiri) menerangkan fungsi pokok-pokok di dalam hutan yang dijadikan makanan dan herba oleh masyarakat Orang Asli Temuan. - Foto BERNAMA
AWANI Borneo [18/05/2024] - Tingkat infra rakyat | Sektor minyak & gas | Kawasan terpencil
AWANI Borneo Sabtu, 18 Mei 2024 bersama Assim Hassan.
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan dalam sektor minyak & gas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi elak ancaman di kawasan terpencil
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan dalam sektor minyak & gas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi elak ancaman di kawasan terpencil
KBS Sabah terajui Program Sabah Youth Volunteer Community
Kementerian Belia dan Sukan Sabah disaran menggerakkan program yang sesuai untuk belia Sabah seperti Program Sabah Youth Volunteer Community (SYVOC) yang berperanan seperti rakan muda untuk mempromosi gaya hidup sihat dam komuniti.
JIM Sabah gempur PATI, 108 PATI ditahan
Lebih 100 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan dalam operasi dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah.
Bantu mahasiswa akses pangkalan data pencarian pekerjaan
Politeknik Sandakan Sabah (PSS) melancarkan Pusat Satelit Myfuture Jobs dengan kerjasama PERKESO Sandakan dalam usaha membantu mahasiswa dalam mencari pekerjaan.
RM5 juta diperuntukkan bagi projek pemulihan di Sabah
RM5 juta diperuntukan bagi projek pemulihan 1,344 kebun koko di Sabah.
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion, tingkat infra rakyat
Kutipan hasil negeri Sarawak diunjur mencecah RM16 bilion, mengatasi kutipan RM13.78 bilion pada tahun lepas.
DBKL sita meja, kerusi dan khemah di bahu jalan Kampung Baru
DBKL menyita meja, kerusi dan khemah yang dibuka di bahu-bahu jalan dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Kampung Baru di sini.
'Saya juga ada matlamat....' - Siti Nurhaliza belum terfikir berhenti menyanyi
Penganjuran empat konsert berskala mega yang akan berlangsung di Singapura dan Genting Highlands itu bukan penanda dirinya akan meninggalkan dunia nyanyian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Perjalanan terakhir Konstabel Muhamad Syafiq'
Linangan air mata ahli keluarga menyelubungi upacara pengebumian Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said pada Sabtu.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Polis nafi rakyat Singapura ditahan
PDRM menafikan seorang warga Singapura antara tujuh ditahan berkaitan siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Jumaat.
Luluh hati ibu ketika tatap wajah anak yang maut dalam kemalangan lori simen di Lojing
Rohani Adi tidak menyangka anak keduanya Fauzi Ramli merupakan seorang daripada tiga mangsa yang maut dalam insiden itu.
Permohonan tajaan MARA dibuka 7 Mei - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membuka permohonan bagi penajaan pengajian peringkat Ijazah Sarjana (Sarjana) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di dalam dan di luar negara pada Selasa ini (7 Mei).
JPN pergiat masuk pedalaman kampung Orang Asli, daftar sijil kelahiran, MyKad
JPN mempergiatkan inisiatif memasuki kawasan pedalaman Orang Asli bagi mengurangkan kelewatan daftar kelahiran dan MyKad komuniti itu.
PRK KKB: Komuniti Orang Asli perlu sokong calon PH - Ramli
Seruan itu adalah bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan komuniti Orang Asli memandangkan mereka merupakan pengundi setia BN.
ProKhas KPM akan pastikan setiap pelajar Orang Asli tidak keciciran
Selain dapat mengurangkan masalah keciciran dalam kalangan pelajar Orang Asli, ProKhas berfungsi menyediakan kesamarataan untuk mereka.
Usaha cari bakat baharu golongan Orang Asli, luar bandar perlu dipergiat - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan tidak sesekali akan meminggirkan kanak-kanak Orang Asli dan luar bandar dalam menyediakan peluang dan akses untuk bersukan.
Orang Asli cedera dicakar harimau
Mangsa berusia 52 tahun mengalami cedera di muka dan beberapa anggota badan akibat dicakar pak belang.
Awang selami ilmu agama, bimbing masyarakat Orang Asli setempat
Sifat murni Awang untuk mengembangkan ajaran Islam membuahkan hasil apabila beliau berjaya mengislamkan ramai masyarakat Orang Asli.
Cuaca panas: Orang Asli hadkan aktiviti luar rumah, masuk hutan
Bahang cuaca panas menyebabkan masyarakat Orang Asli suku kaum Temiar di Pos Brooke terpaksa mengurangkan aktiviti di luar rumah dan masa bekerja di dalam hutan.
Orang Asli di Pahang tidak perlu khuatir ladang getah, kelapa sawit tetap beroperasi
Kerajaan negeri kini sedang melaksanakan beberapa tindakan ke atas tanah terlibat bagi memudahkan proses pembayaran cukai tanah sebagaimana dilakukan terhadap agensi lain.