awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Junjung kasih pesanan Raja Permaisuri Agong, suami isteri namakan puteri sulung ‘Azizah’

Firdaus Azil
Firdaus Azil
29/01/2024
11:25 MYT
Junjung kasih pesanan Raja Permaisuri Agong, suami isteri namakan puteri sulung ‘Azizah’
Nur Fatin Syakilla dalam catatan di Facebooknya, berkongsikan kenangan pertemuan dengan pasangan diraja serta berita kelahiran anak perempuannya. - Gambar/ FB Nur Fatin Syakila Baddu
KUALA LUMPUR: "Jika bayi itu perempuan, berikan namanya Azizah, jika lelaki berikan namanya Abdullah."
Itu pesanan ringkas Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kepada pasangan suami isteri, Hasri Omar dan Nur Fatin Syakila Baddu, sewaktu Hasri mendapatkan tandatangan pasangan diraja itu ketika Kembara Kenali Borneo pada September 2023.
Empat bulan kemudian, Nur Fatin Syakilla dalam catatan terbaharu di Facebooknya, berkongsikan kegembiraan mereka apabila menyambut puteri sulung mereka pada 9 Januari lepas, yang diberi nama Azizah Yumna Azzahra Hasri.
"Masya-Allah...Tabarakallah. Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur Ya Allah, selamat melahirkan 'little AZIZAH' setelah berperang di labour room dan akhirnya ke OT room pada 9 Januari 2024.
“Sempena penamatan pemerintahan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkuat kuasa esok (30 Januari 2024) setelah genap lima tahun, patik dan keluarga kecil patik Menjunjung Kasih atas perkenan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memberi nama 'AZIZAH' untuk puteri sulung kami semasa KEMBARA KENALI BORNEO pada September 2023.
“Semoga YDPA dan RPA serta keluarga senantiasa diberikan kebahagiaan, kesihatan yang baik serta berpanjangan dan kemakmuran,” menurut kakitangan kerajaan itu di laman Facebooknya.
Mengimbas kembali video berdurasi 30 saat itu, kelihatan Hasri dengan penuh perasaan teruja cuba mendapatkan tandatangan pasangan diraja tersebut, sambil memberitahu isterinya sedang mengandung.
Ketika ditanya jantina bakal bayi mereka, Hasri berkata: "Masih belum tahu". Lantas dijawab Raja Permaisuri Agong: “Perempuan Azizah, lelaki Abdullah”.
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Raja Permaisuri Agong
#Kembara Kenali Borneo
#bayi perempuan
#AgongKita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan