JELI: Agensi berkaitan disaran mengambil tindakan kepada peniaga sekiranya mendapati berlaku jurang harga yang berlebihan tanpa alasan kukuh membabitkan bekalan keperluan asas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed bagaimanapun mengakui terdapat jurang harga yang dijual di pasar berbanding di kampung seperti sayur-sayuran kerana ia melibatkan beberapa faktor antaranya kos logistik termasuk harga tambang kenderaan dan sebagainya.
"Perkara ini (jurang harga) antara yang kita kesan... jurang besar ada dikaitkan dengan kos logistik sebagai contoh bekalan keperluan itu dari kampung dan penghantaran ke pasar ia memerlukan kenderaan yang berkemungkinan melibatkan tambang yang mahal dan sebagainya.
"Tetapi sekiranya jurang itu berlebihan atau ketara, tindakan perlu diambil sekali gus bagi memastikan harga yang dikenakan adalah tidak melebihi daripada harga yang sepatutnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Jualan Keluarga Malaysia di Pasar Tani Ayer Lanas, di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan Adnan Abd Rahman.
Mengulas lanjut, Mustapa berkata bagi mengatasi masalah itu juga, kerajaan telah mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan pelbagai program seperti Program Jualan Keluarga Malaysia di seluruh negara yang dilihat dapat meringankan beban rakyat.
Katanya, selain itu kerajaan telah mengenal pasti punca kenaikan kos sara hidup membabitkan beberapa faktor yang dikaitkan termasuk kekurangan bekalan keperluan yang perlu diberikan perhatian oleh semua pihak.
"Oleh itu, kita perlu tangani masalah ini dan seluruh jentera kerajaan telah pun dikerah, untuk mencari jalan bagaimana kita dapat tangani perkara ini," katanya.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai pandangan sesetengah pihak yang menganggap Program Jualan Keluarga Malaysia sebagai mainan politik, Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli itu menafikan perkara itu kerana kerajaan memandang serius untuk membantu rakyat dan program itu dapat memberi manfaat kepada rakyat bertepatan dengan aspirasi Keluarga Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 18 2021
Jika jurang itu ketara, tindakan perlu diambil sekali gus bagi memastikan harga tidak melebihi daripada yang sepatutnya. - Gambar hiasan
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
[TERKINI] Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Pemilik akaun X hantar komen jelik didakwa pada Jumaat
Pemilik Akaun platform X, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak yang mengorbankan 10 mangsa akan didakwa di Mahkamah Sesyen Taaiping, Perak pada Jumaat.
Sorotan pakar-pakar sempena #PHAM2024 dalam mendepani realiti berkaitan kesihatan planet
Penganjuran #PHAM2024 yang menutup tirainya pada Jumaat lalu terus menjadi platform merapatkan jurang perbincangan antara pakar pelbagai bidang dari seluruh dunia bagi mencari penyelesaian dalam isu berkaitan kelestarian bumi. Ini antara sorotan pakar-pakar yang bersama mendepani realiti kesihatan planet. #PHAM2024 #AWANINews
10 Berita Pilihan - (25 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
PKP 3: Kerajaan laksana Skim Kawalan Harga, elak peniaga ambil kesempatan
Skim itu kebiasaannya dilaksanakan sepanjang musim perayaan sahaja, namun kerajaan melihat ia perlu dibuat pada tempoh PKP.