MALAYSIA
Jurubahasa rugi lebih RM500,000 akibat pelaburan mata wang kripto tidak wujud

Mangsa membuat laporan polis semalam, selepas sedar ditipu kerana diarahkan membuat pinjaman bank untuk menambah jumlah pelaburan. - Gambar hiasan
IPOH: Seorang jurubahasa persendirian kerugian RM572,130 selepas terperdaya skim pelaburan mata wang kripto tidak wujud secara dalam talian, bulan lepas.
Ringkasan AI
- Seorang jurubahasa persendirian berusia 40-an kerugian RM572,130 selepas terpedaya dengan skim pelaburan mata wang kripto tidak wujud yang diperkenalkan oleh seorang warga China melalui Instagram dan WhatsApp.
- Mangsa mula melabur RM8,740 dan menggandakan pelaburan melalui 12 transaksi ke sembilan akaun antara 26 Ogos hingga 5 September, sebelum menyedari penipuan apabila diarahkan membuat pinjaman bank untuk menambah pelaburan.
- Polis menerima laporan pada 18 September dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan menipu.
Mohamad Nasir berkata mangsa mula melabur RM8,740 pada 22 Ogos dan mendapat pulangan sebelum menggandakan pelaburan menerusi 12 transaksi pemindahan wang dalam talian ke sembilan akaun dari 26 Ogos hingga 5 Sept.
Mangsa membuat laporan polis pada 4.19 petang semalam, selepas sedar ditipu kerana diarahkan membuat pinjaman bank untuk menambah jumlah pelaburan.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami