PUTRAJAYA: Seorang jurugambar ditahan Jumaat (26 Mei) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan melakukan amang seksual terhadap seorang murid lelaki di sebuah sekolah di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang pada 12 Mei lepas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang Supt Md Noor Aehwan Mohammad berkata lelaki warga tempatan berumur 39 tahun itu, ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang pada kira-kira 1.30 tengah hari susulan laporan polis yang dibuat bapa mangsa pada 26 Mei, selepas mangsa yang berumur 9 tahun mengadu dicabul ketika pulang dari sekolah pada 15 Mei.
Beliau berkata kejadian didakwa berlaku di sekolah berkenaan ketika program petting zoo yang diadakan sempena Bulan Panitia Sains pada 15 Mei, di mana lelaki berkenaan merupakan salah seorang daripada dua jurugambar luar, yang dipanggil pihak sekolah untuk merakam gambar sempena acara tersebut.
Ekoran kejadian itu, satu perjumpaan antara pihak sekolah, penjaga mangsa dan dua jurugambar yang bertugas, telah diadakan pada 23 Mei dan salah seorang jurugambar berkenaan dikatakan mengaku melakukan perbuatan tersebut.
Md Noor Aehwan berkata pihak sekolah telah memutuskan untuk tidak lagi membenarkan kedua-dua jurugambar itu memasuki kawasan sekolah untuk program lain selepas ini, namun bapa mangsa yang tidak berpuas hati dengan tindakan sekolah, telah membuat laporan polis pada 26 Mei yang membawa kepada penahanan lelaki itu.
Beliau ketika dihubungi hari ini berkata lelaki berkenaan, yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau, kini direman selama seminggu hingga 1 Jun ini.
Md Noor Aehwan juga berkata saksi pelajar lain juga dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 30 2023
Md Noor Aehwan juga berkata saksi pelajar lain juga dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan. - Gambar hiasan
MAQIS tahan anjing baka Pomeranian
Anjing berkenaan cuba dibawa masuk oleh satu pasangan warga Iran yang menaiki penerbangan dari Turki.
Perkhidmatan trem percuma di Putrajaya sehingga Julai
Sekiranya semua berjalan lancar, perkhidmatan trem itu dijangka bermula akhir tahun ini.
AWANI Ringkas: Dibebaskan tanpa syarat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] SQ321 | KLN sahkan 9 penumpang, 1 anak kapal dalam keadaan stabil
Wisma Putra sahkan 9 rakyat Malaysia termasuk 1 krew merupakan mangsa gelora udara pesawat Singapore Airlines Penerbangan SQ321 dari London ke Singapura. 8 daripadanya menerima rawatan di dua hospital berasingan di Bangkok dan berada dalam keadaan stabil.
Gordon Bell, pencipta minikomputer meninggal dunia
Kemajuan teknologi minikomputer membuka jalan kepada terciptanya PC desktop lebih kecil dan kini komputer mudah alih di tangan anda sekarang.
Sembilan rakyat Malaysia antara mangsa insiden gelora udara Singapore Airlines
Lapan orang daripada mereka mengalami kecederaan dan sedang dirawat di dua buah hospital di Bangkok.
TPM, Menteri Kabinet zahir ucapan Selamat Hari Wesak
Perbezaan kaum dan agama merupakan keunikan yang mengeratkan masyarakat majmuk di Malaysia.
Maya Karin belajar tarian tango demi 'The Experts'
Walaupun babak tarian Tango hanya muncul sekitar lima minit dalam filem 'The Experts', penyanyi dan pelakon, Maya Karin memberi sepenuh komitmen agar dapat menyempurnakan gerak tarian yang terkenal di
Tekad kerajaan Madani laksana rasionalisasi subsidi
Pengarah dan Penganalisis, Research Institute for Indonesia, Thailand and Singapore (ITS)
Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Md Shukri Shuib berkongsi pandangan beliau berkenaan reformasi ekonomi menerusi penyasaran subsidi susulan Perutusan Negara oleh Perdana Menteri pada Selasa.
Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Md Shukri Shuib berkongsi pandangan beliau berkenaan reformasi ekonomi menerusi penyasaran subsidi susulan Perutusan Negara oleh Perdana Menteri pada Selasa.
Imigresen tahan 15 wanita warga asing di pusat hiburan
Mereka terdiri daripada warga Thailand, Indonesia dan Vietnam berusia antara 25 hingga 30 tahun.
Buruh dipenjara lapan tahun lakukan amang seksual terhadap anak tiri
Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan satu sebatan ke atas seorang buruh kerana melakukan amang seksual terhadap anak tirinya.
OKU didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja lelaki
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 17 tahun di masjid berkenaan pada 2.30 petang, 15 Mac lepas.
Bekas penolong jurulatih boling dipenjara enam tahun lakukan amang seksual
Seorang bekas penolong jurulatih boling dijatuhi hukuman penjara enam tahun selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang atlet Sukma.
Lelaki dipenjara 36 tahun, 40 sebatan rogol anak saudara bawah umur
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 36 tahun dan 40 sebatan ke atas seorang lelaki atas kesalahan merogol dan melakukan amang seksual terhadap anak saudaranya berusia 14 tahun
Lelaki ditahan lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan
Polis menahan seorang lelaki tempatan disyaki melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan di sebuah inap desa di Tampin, dekat sini pada Sabtu lepas.
Amang seksual: Inspektor polis akan ditahan kerja
Pegawai polis berpangkat inspektor yang ditahan selepas disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja dikenakan tindakan tahan kerja.
Inspektor polis didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja 16 tahun ditahan
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor ditahan selepas didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berumur 16 tahun.
Suami didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja 17 tahun, isteri bersubahat
Pasangan suami isteri itu masing-masing diikat jamin sebanyak RM10,000 serta diperintahkan agar mereka tidak menghampiri mana-mana saksi.
Pegawai polis lakukan amang seksual ditahan
Polis Johor menahan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor kerana disyaki melakukan amang seksual fizikal ke atas remaja perempuan berusia 16 tahun, di kawasan Taman Johor Jaya, Isnin lalu.
Amang seksual: “Saya hanya lakukan demonstrasi” - Tertuduh
Seorang bekas banduan didakwa melakukan amang seksual dengan menunjukkan video lucah kepada adik perempuannya.