BATU PAHAT: Seorang jurujual mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini, atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki di Parit Sulong, di sini, akhir bulan lepas.
Tan Min Chun, 32, didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Parit Jalil, Parit Sulong, di sini pada 3.30 petang pada 27 Mac lepas dengan memandu kenderaan jenis Mazda CX5 secara melulu sehingga menyebabkan kematian Mohd Kamarul Shahril A. Samad, 43.
Dia dituduh mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun serta denda tidak lebih RM50,000 selain hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama lima tahun.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Khalijah Khalid menawarkan jaminan RM10,000 terhadap tertuduh dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun, peguam Tan Song Yan yang mewakii Min Chun memohon jaminan dikurangkan kerana anak guamnya masih menanggung isteri dan anak berusia setahun selain menjaga ibunya yang sudah berusia.
Majistret Siti Zubaidah Mahat kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 April sebagai tarikh sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 06 2023
Jurujual, Tan Min Chun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini, atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki di Jalan Parit Jalil, Parit Sulong akhir bulan lalu. - Foto BERNAMA
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jurujual rugi hampir RM1 juta ditipu pelaburan saham dalam talian
Orang ramai perlu berwaspada dan membuat semakan terperinci sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan.
Jurujual didakwa pandu melulu hingga sebabkan kematian
Seorang jurujual mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini, atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki di Parit Sulong, di sini, akhir bulan lepas.
Reman jurujual, pembantu rumah dera kanak-kanak hingga mati dilanjut
Kedua-dua suspek disambung reman mulai esok hingga 16 Okt untuk melengkapkan siasatan dengan lebih terperinci.
Jurujual dipenjara 6 bulan curi duit tabung surau
Seorang jurujual dijatuhi hukuman enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu kerana mencuri duit tabung surau.
Dua lelaki cuba ragut rantai leher wanita diberkas
Dalam kejadian jam 9.40 pagi itu, wanita berusia 23 tahun itu sedang membersihkan kawasan di belakang kedainya.
Kereta terbabas, terbalik atas Jambatan Pulau Pinang
Seorang jurujual terselamat selepas kereta Perodua Axia yang dipandunya terbabas dan terbalik di Kilometer 7.4 Jambatan Pulau Pinang arah Perai, pagi Khamis.
Lagi laporan cabul babit pengamal perubatan alternatif sama
Polis menerima dua lagi laporan cabul membabitkan seorang eorang pengamal perubatan alternatif ketika mendapatkan rawatan di Hulu Terengganu.
Samun lebih RM3 juta di lebuh raya: Polis rakam keterangan perakam video, tujuh lain
Kes samun kira-kira 3.35 petang berkenaan melibatkan kerugian sejumlah RM67,000 wang tunai, barang kemas bernilai RM3 juta beserta sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux.
Tiga lelaki samun, tumbuk jurujual dalam lif ditahan
Tiga lelaki berusia 24 hingga 32 tahun itu ditahan di sekitar daerah ini sejak Khamis hingga Ahad hasil risikan dan intipan dijalankan polis selepas kejadian tersebut.
Jurujual jam, pelajar kolej ditahan di Ipoh kerana hina Islam
Polis Bahagian Siasatan Jenayah IPD menahan suspek lelaki berusia 20 tahun itu di Taman Kledang, Menglembu, pukul 11.15 malam pada Sabtu, sebelum menahan rakan sebayanya, di Taman Silibin Ria.