awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jurulatih ditahan disyaki cabul pelatih di akademi karate

Sinar Harian
Sinar Harian
15/06/2025
23:40 MYT
Jurulatih ditahan disyaki cabul pelatih di akademi karate
Semakan polis mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
SHAH ALAM: Seorang jurulatih ditahan selepas disyaki mencabul pelatih wanita dalam kejadian di sebuah akademi karate di Taman Seri Muda, di sini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintenden Ramsay Anak Embol berkata, mangsa merupakan seorang pelajar universiti tempatan berusia 20 tahun.
Menurutnya, mangsa telah membuat laporan polis berhubung insiden yang berlaku pada Mac 2025.
"Siasatan awal mendapati, mangsa tidak hadir ke sesi latihan kerana mengalami kecederaan pada bahagian kaki.
"Suspek kemudian menawarkan diri untuk mengurut kaki mangsa dan tindakan itu dipersetujui oleh mangsa," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, ketika kejadian hanya mangsa dan suspek berada di akademi berkenaan.
"Suspek yang juga lelaki tempatan berusia 46 tahun bertindak mencabul mangsa ketika sedang mengurut kakinya.
"Mangsa kemudian menolak suspek dan terus beredar dari lokasi kejadian," katanya.
Ramsay berkata, mangsa mengambil masa untuk membuat laporan polis kerana bimbang akan digugurkan daripada Pasukan Karate Negeri Selangor memandangkan suspek merupakan jurulatih pasukan berkenaan.
"Bertindak atas maklumat, polis berjaya menahan suspek pada 7 Mei lalu kira-kira jam 1.30 pagi.
"Semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah, Sarjan Che Fareez Qusyairy Che Omar di talian 018-2929263. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Ramsay Anak Embol
#jurulatih
#cabul
#karate
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan