Jurulatih selaman yang maut ketika aktiviti menyelam di Pulau Kalapuan, dekat sini Jumaat lepas, sebelum ini pernah menerima ugutan bunuh.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata ekoran itu Zainal Abdun, 31, membuat laporan polis pada tahun lepas.
Omar berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan menyeluruh mengenai kematian mangsa serta meneliti semua sudut bukti.
"Kita (polis) juga menjalankan siasatan kita ke arah laporan (polis) yang (pernah) dibuat si mati (Zainal)," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat tinjauan ke lokasi Zainal bersama dua pelancong warga China ditemui mati di Pulau Kalapuan di sini, hari ini.
Pada Jumaat lepas, Zainal bersama Zhao Zheng dan Xu Yingjie, 32, ditemui mati di Pulau Kalapuan, Semporna ketika aktiviti selaman.
Omar dalam pada itu berkata penemuan awal siasatan dan keputusan laporan bedah siasat kematian ketiga-tiga mangsa yang dikeluarkan Hospital Tawau Rabu lepas adalah selari angkara bom ikan dan polis sedang mencari saksi yang mendengar bunyi letupan pada hari kejadian.
"Finding (penemuan) awal kita adalah mangsa maut dipercayai akibat bom ikan dan hasil bedah siasat kematian pada Rabu lalu juga disahkan berpunca akibat kesan letupan bom ikan, dan ini selari dengan finding awal polis.
"Kita sekarang turut mencari saksi di pulau peranginan Kalapuan yang difahamkan ada mendengar bunyi letupan pada hari kejadian," katanya lagi dan polis sebelum ini mengklasifikasikan kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
BACA: Tiga maut dipercayai terkena bom ikan semasa aktiviti menyelam
Dalam pada itu, Omar berkata pihak berkuasa berhadapan cabaran bagi menangani aktiviti bom ikan yang semakin berleluasa sehingga ada yang mengakibatkan kematian.
"Penguatkuasaan tidak dapat dijalankan secara efektif disebabkan perairan (Sabah) yang begitu luas.
"Nelayan yang menggunakan bahan letupan ini juga begitu bijak, mereka menggunakan bot kecil yang senang lolos dengan melalui kawasan terumbu karang dan bot kita (penguat kuasa) tidak boleh lalui," katanya.
BACA: Perlu hukuman berat bagi nelayan guna bom ikan - Shafie
Namun, katanya cabaran itu bukan petanda polis serta pihak berkuasa lain akur dengan kekangan dihadapi, sebaliknya usaha akan dilipat ganda bagi menangani masalah tersebut.
Selain itu, Omar bersetuju dengan keperluan pemantauan keselamatan oleh agensi keselamatan di tapak-tapak selaman terutamanya di kawasan yang 'tidak biasa' dijadikan tapak aktiviti menyelam.
"Kita minta mereka ini (pengendali perkhidmatan pelancongan selaman) melaporkan kepada agensi keselamatan berkaitan aktiviti mereka ke tapak selaman untuk mengelakkan kejadian tidak diingini," katanya.
Sementara itu, beliau menasihatkan semua pengusaha pelancongan memiliki lesen sebelum beroperasi.
"Begitu juga para pelancong yang mahu berkunjung ke pulau-pulau misalnya di Semporna atau melakukan aktiviti selaman, perlu memastikan bahawa 'company' (syarikat) yang mereka 'engage' (upah) itu syarikat pelancongan yang berlesen," katanya lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 12 2019

Pada Jumaat lepas, Zainal, Zhao Zheng dan Xu Yingjie (gambar) ditemui mati di Pulau Kalapuan, Semporna, ketika aktiviti selaman. Foto PDRM

Mahkamah tolak permohonan Zahid Hamidi dapatkan pasport
Selaras peruntukan undang-undang, mahkmah bertindak adil dan saksama kepada semua tertuduh.

Ringkas SPUTNIK: Janji Putin kepada warga Rusia
Ikuti rangkuman 3 berita global terbaik dalam Sputniknews.com.

Donut 10 Sen | Kekalkan harga demi bantu golongan kurang mampu
Peningkatan harga barangan semasa tidak menjadi halangan buat pasangan suami isteri untuk meneruskan perniagaan donut yang dijual pada harga 10 sen sebiji. Menurut Idham Syafiq Darmilus, 35 tahun, dia memilih untuk mengekalkan harga tersebut bagi memastikan golongan kurang berkemampuan dapat merasai hidangan itu terutama ketika peningkatan kos sara hidup masa kini.

Jenayah | Polis tumpas geng curi kereta Wira di Kelantan
Tujuh individu berusia dari 26 hingga 58 tahun yang terbabit dalam kegiatan curi kenderaan, khususnya kereta Proton Wira dan pecah rumah berjaya ditahan dalam Operasi Lejang yang ditubuhkan polis Kelantan. Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata tangkapan itu dilakukan dalam serbuan di Kampung Machang Limbat dan Kampung Berhala Lima, Pasir Tumboh di antara 12.15 tengah malam hingga 4 pagi semalam.

Perikatan Nasional | Rundingan kerusi parti komonen untuk PRN minggu depan
Rundingan agihan kerusi antara parti komponen Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri dijangka berlangsung minggu hadapan. Naib Presiden Pas Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata perbincangan berkenaan akan diadakan pada 7 Februari ini di ibu negara.

Sukan SEA Kemboja: Gimnas negara berdepan acara terhad
Ia memadam peluang kem kebangsaan dalam usaha meraih pingat, apatah lagi dengan kehadiran juara dunia daripada Filipina, Carlos Yulo.

Pantau Kerajaan Baharu: Memperkasa Peranan Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Perbincangan mengenai usaha memperkasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia, terutama tindakan tangani syarikat yang culas membayar cukai dan memastikan peraturan percukaian itu dipatuhi peniaga bersama Timbalan Pengarah Kastam, Bahagian Cukai Dalam Negeri, Jabatan Kastam Diraja Malaysia Ibu Pejabat, Roszita Dim.

'Troopers' Prasarana bantu pergerakan penumpang di stesen LRT raih pujian ramai
Meskipun berlaku penambahan luar biasa penumpang waktu puncak, kehadiran Troopers mampu mengawal keadaan dan melancarkan pergerakan.

Niaga AWANI: Ekonomi | Inflasi reda, ekonomi global kian pulih?
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Nina Rozman dan Ibrahim Sani.

Niaga AWANI: Integriti | Perkasa prosedur salur dana bantuan elak 'buaya ekonomi'
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Nina Rozman dan Ibrahim Sani.

Wanita dikhuatiri hilang ketika aktiviti selaman di Pulau Satang, Kuching
Seorang wanita dikhuatiri hilang ketika melakukan aktiviti selaman kira-kira 23 batu nautika dari Pulau Satang, di sini pada Sabtu.

Jurulatih selaman yang maut pernah diugut bunuh
Omar berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan menyeluruh mengenai kematian mangsa serta meneliti semua sudut bukti.