awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas
Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah
Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jururawat maut ditikam: Penjagaan anak dibincang bersama - Bapa mangsa

Sinar Harian
Sinar Harian
01/10/2023
23:30 MYT
Jururawat maut ditikam: Penjagaan anak dibincang bersama - Bapa mangsa
Abu Bakar (tiga kanan) ketika selesai pengebumian anaknya, Munirah, di Tanah Perkuburan Islam Keluarga Haji Talib Kampung Paya Tengah, Beseri, Padang Besar, petang semalam. - Foto Sinar Harian
PADANG BESAR: Penjagaan dua anak lelaki kepada jururawat yang maut ditikam suaminya akan diputuskan selepas perbincangan diadakan antara dua keluarga tersebut.
Bapa mangsa, Abu Bakar Senapi, 64, berkata, mereka belum lagi memikirkan mengenai hak penjagaan cucunya yang berusia enam dan lapan tahun itu.
“Kami akan pergi berbincang dengan keluarga besan saya nanti dalam masa terdekat.
“Buat masa ini, kita belum capai apa-apa keputusan lagi,” katanya selepas ditemui selepas pengebumian jenazah Munirah Abu Bakar, 31, di Tanah Perkuburan Islam Keluarga Haji Talib Kampung Paya Tengah, Beseri, dekat sini petang semalam.
Hampir 100 orang terdiri daripada ahli keluarga, kenalan serta rakan sekerja mangsa di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar turut hadir ke majlis pengebumian yang selesai pada jam 5.30 petang.
Abu Bakar turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu memudahkan urusan bermula proses bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar sehinggalah ke proses pengebumian jenazah anak kelima daripada enam adik-beradik itu.
Pada Sabtu, Sinar Harian melaporkan seorang pesara tentera menyerah diri di pondok pengawal Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis selepas menikam maut isterinya dipercayai akibat cemburu di sebuah rumah di Jalan Padang Nyu, Arau.
Isteri suspek berusia 31 tahun tersebut yang merupakan seorang jururawat Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar meninggal dunia selepas ditikam dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi.
Majistret Mahkamah Kangar, Siti Norhasliza Md Ali kemudiannya mengeluarkan perintah reman bermula Ahad hingga 7 Oktober ke atas suspek di Mahkamah Majistret Kangar. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tikam
#penjagaan anak
#jururawat Hospital Tuanku Fauziah
#bunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan