awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Azalina bentang Kerangka Akauntabiliti MADANI di CLMM 2026 Fiji
“Melaka Tourism Passport” tawar penjimatan hingga RM268 bagi 63 produk pelancongan
Vietnam mulakan pembinaan stadium terbesar dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jururawat maut ditikam suami angkara cemburu

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
30/09/2023
08:44 MYT
Jururawat maut ditikam suami angkara cemburu
Polis menjalankan siasatan di rumah yang menjadi lokasi pembunuhan seorang wanita di Jalan Padang Nyu, Arau pada Sabtu. - Gambar/ Astro AWANI
ARAU: Seorang wanita maut dipercayai ditikam suaminya akibat cemburu dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Padang Nyu, Arau pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 6 pagi sewaktu mangsa berusia 31 tahun itu mahu keluar bekerja.
Menurut Ahmad Mohsin, siasatan mendapati berlaku pertengkaran antara suspek yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah dengan isterinya yang juga jururawat Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar di ruang tamu kerana suspek menuduh isterinya itu curang.
Katanya, suspek berusia 38 tahun yang merupakan pesara tentera itu kemudian bertindak menikam mangsa dengan sebilah pisau di bahagian dada sebelah kiri.
"Selepas menikam mangsa, suspek memindahkan isterinya yang tidak sedarkan diri ke dalam bilik tidur utama rumah berkenaan.
"Suspek kemudiannya bertindak menghantar dua anak mereka masing-masing berusia lapan dan 10 tahun ke rumah pengasuh sebelum menyerahkan diri di pondok pengawal Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis sekitar pukul 10 pagi tadi," katanya di sini, pada Sabtu.
Susulan itu polis melakukan siasatan ke atas rumah berkenaan dan menemui mangsa yang ditutup dengan selimut tebal di dalam bilik tidur utama. Pemeriksaan lanjut menemui satu kesan tikaman pada bahagian dada kiri mangsa sedalam kira-kira dua sentimeter.
Menurut Ahmad Mohsin, suspek telah ditahan dan ujian air kencing mendapati dia positif dadah.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Jelasnya lagi polis akan mendapatkan permohonan reman ke atas suspek di Kompleks Mahkamah Kangar esok.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah untuk bedah siasat.
Topic Berkaitan
#tikam isteri
#Arau
#Ahmad Mohsin Md Rodi
#kes bunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan