awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jururawat rugi RM50,000 diperdaya pegawai 'LHDN, polis'

Sinar Harian
Sinar Harian
28/03/2022
23:48 MYT
Jururawat rugi RM50,000 diperdaya pegawai 'LHDN, polis'
Polis berkata, disebabkan panik, mangsa telah memberikan nombor pin keselamatan dua akaun bank miliknya kepada suspek. - Gambar hiasan
BEAUFORT: Seorang jururawat mengalami kerugian sebanyak RM50,000 selepas diperdaya individu yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan polis dalam kejadian pada pagi Ahad.
Mangsa wanita berusia 44 tahun itu hanya menyedari dia ditipu kira-kira lima jam selepas menerima panggilan itu pada jam 3.30 petang.
Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Yussof Zaki Mat Yaccob berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian itu sejurus mangsa menyedari wang dalam akaun bank miliknya hilang.
Katanya, menurut laporan mangsa yang ketika itu berada di Pekan Beaufort telah menerima panggilan telefon daripada penama Nizam Affandi yang mendakwa dari LHDN.
"Suspek mengatakan nama mangsa didaftarkan atas nama Syarikat Ak Maju Trading dan mempunyai tunggakan berjumlah RM38,800 yang tidak berbayar.
"Panggilan kononnya disambungkan ke Unit Jabatan Siasatan Jenayah komersil atas nama Inspektor Ridhuan dan juga Asisten Superintendan, Datuk Raziah yang menyatakan kepada mangsa bahawa waran tangkap telah dikeluarkan untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Mengulas lanjut, Yussof Zaki berkata, disebabkan panik, mangsa telah memberikan nombor pin keselamatan dua akaun bank miliknya kepada suspek.
"Bagaimanapun, pada jam 9 malam, mangsa bertindak membuat semakan di kedua-dua akaunnya dan mendapati wangnya sebanyak RM50,000 telah dipindahkan ke atas penama Nizam Affandi.
"Mangsa kemudian tampil membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.
*Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Macau Scam
#jururawat rugi RM50000
#individu menyamar pegawai LHDN
#Yussof Zaki Mat Yaccob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan