awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Juruteknik ditahan cederakan lelaki warga asing

Bernama
Bernama
14/06/2022
22:00 MYT
Juruteknik ditahan cederakan lelaki warga asing
Polis menahan reman juruteknik itu selama empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
GEORGE TOWN: Polis menahan seorang juruteknik kerana menyerang dan mencederakan seorang lelaki warga asing di Lebuh Chulia, di sini tengah malam Ahad seperti video yang tular menerusi media sosial semalam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata lelaki berusia 29 tahun itu ditahan 10.30 malam Isnin, kira-kira 22 jam selepas kejadian itu susulan laporan polis dibuat mangsa yang berusia 40 tahun.
"Mangsa cedera di muka selepas diserang oleh suspek menggunakan botol minuman dan siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mabuk iaitu berlaku pertengkaran mulut antara mereka setelah suspek dikatakan menegur mangsa secara kasar," katanya dalam kenyataan semalam.
Soffian berkata lelaki itu kini direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Beliau meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan dan menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan rakaman video tersebut menerusi mana-mana laman sosial bagi mengelak sebarang spekulasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Soffian Santong
#reman
#mabuk
#juruteknik serang warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan