Skip to main content

Bisnes

Kesatuan sekerja Samsung ancam mogok 18 hari jika syarikat enggan penuhi tuntutan

 Samsung Electronics’ labour union members chant slogans during a protest against company’s compensation levels ahead of a planned lengthy strike in front of Samsung Electronics semiconductor plant in Pyeongtaek, South Korea, April 23, 2026. REUTERS/Kim Hong-Ji/File Photo
Ahli kesatuan pekerja Samsung Electronics mengadakan protes terhadap tahap pampasan syarikat menjelang mogok panjang yang dirancang diadakan, di hadapan kilang semikonduktor Samsung Electronics di Pyeongtaek, Korea Selatan, 23 Apr 2026. - Gambar fail/REUTERS

DIPACU oleh permintaan tinggi cip memori oleh sektor kecerdasan buatan, Samsung mencatatkan peningkatan keuntungan lebih 750% dan nilai pasarannya pula mencecah AS$1.2 trilion minggu lalu.

Ia menjadikan Samsung hanya syarikat Asia kedua selepas TSMC mencapai nilai pasaran lebih AS$1 trilion.

Disebabkan keuntungan yang tinggi ini, kesatuan sekerja pekerja Samsung melakukan perbincangan dengan wakil syarikat untuk menuntut pampasan lebih tinggi daripada majikan.

Ahli kesatuan mengkritik Samsung yang memberikan bonus tiga kali ganda lebih rendah berbanding yang diberikan oleh syarikat pesaing SK Hynix.

Seperti Samsung, SK Hynix juga untung besar disebabkan penjualan cip memori.

Walaupun perbincangan antara Samsung dan kesatuan pekerja dilakukan dengan meditasi pihak kerajaan, kedua-dua pihak gagal mempersetujui semua tuntunan yang diminta.

Kesatuan pekerja Samsung kini mengancam mengadakan mogok selama 18 hari bermula 21 Mei depan sekiranya persetujuan gagal dicapai.

Seramai 50,000 pekerja mungkin mogok, menyebabkan pengeluaran memori Samsung Electronics bakal terjejas teruk.

Dalam mogok sehari yang dilakukan April lalu, pengeluaran faundri Samsung susut 58.1% dengan pengeluaran RAM sahaja susut 18%.

Samsung berhadapan kerugian 30 trilion won (~RM80 bilion) sekiranya mogok 21 Mei depan berjalan seperti dirancang.

Must Watch Video