awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Apa yang saya risau FAM bergantung kepada laporan polis tapi tidak lakukan pembetulan dalam tadbir urus'
[TERKINI] Kes 1MDB: “Saya akan terus tuntut hak saya” - Najib Razak
Uzbekistan sedia lancar satelit, hantar angkasawan ke angkasa lepas - Presiden
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Juruteknik maut disengat tebuan ketika baiki kerosakan pencawang

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
27/07/2023
09:20 MYT
Juruteknik maut disengat tebuan ketika baiki kerosakan pencawang
Mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 12.10 tengah malam ketika menerima rawatan di Hospital Kulim. - Gambar/ PDRM
KULIM: Seorang juruteknik meninggal dunia dipercayai akibat disengat tebuan ketika melakukan kerja baik pulih kerosakan di sebuah pencawang komunikasi di Felda Gunung Bongsu, Karangan, Kulim, pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, Mohamad Hafizuddin Husim, 30, disahkan meninggal dunia pada jam 12.10 tengah malam ketika menerima rawatan di Hospital Kulim.
Kataya, polis menerima laporan kejadian itu yang dibuat rakan mangsa jam 3.30 pagi Khamis
“Rakan mangsa memaklumkan, ketika kejadian (petang Rabu), mangsa sedang melakukan kerja baik pulih kerosakan di atas pencawang sebelum tiba-tiba diserang kawanan tebuan.
“Mangsa yang dalam keadaan lemah sempat turut dari pencawang dan terus dibawa ke sebuah klinik kesihatan untuk menerima rawatan.
“Doktor yang merawat mangsa kemudian meminta mangsa dihantar ke Hospital Kulim kerana keadaan mangsa agak tenat,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Menurut Mohd Redzuan, bedah siasat mendapati mangsa maut disebabkan kejutan anafilaksis yang teruk akibat sengatan tebuan.
Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa diserahkan kepada keluarga sebelum dikebumikan di Derga, Alor Setar.
Topic Berkaitan
#tebuan
#juruteknik maut
#serangan tebuan
#sengatan tebuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan