awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Juruteknik rugi lebih RM900,000 terperdaya pelaburan dalam talian

Bernama
Bernama
17/11/2024
03:30 MYT
Juruteknik rugi lebih RM900,000 terperdaya pelaburan dalam talian
JOHOR BAHRU: Seorang juruteknik syarikat cari gali mengalami kerugian RM908,305 selepas terperdaya dengan pelaburan dalam talian, pada Ogos lepas.
Ketua Polis Johor Datuk M Kumar berkata lelaki berusia 48 tahun itu telah menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp daripada individu yang menawarkan pelaburan dengan keuntungan tinggi dalam tempoh satu jam, ketika dia berada di tempat kerja di Iraq.
Beliau berkata mangsa tertarik dengan keuntungan dijanjikan dan telah memuat turun aplikasi sebelum membuat pendaftaran di aplikasi tersebut.
"Mangsa juga mengikuti kelas secara dalam talian menerusi pautan diberikan yang menjelaskan berkaitan cara-cara urus niaga dan keuntungan yang akan diperoleh.
"Seterusnya, mangsa membuat pembayaran secara dalam talian ke beberapa akaun bank berbeza seperti diarahkan hingga berjumlah RM908,305 ketika dia berada di Kota Tinggi dekat sini, pada pertengahan September lepas hingga bulan ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kumar berkata selepas bayaran dibuat, mangsa mendapati pelaburannya telah mencatatkan keuntungan berjumlah RM8 juta dan berhasrat mengeluarkan wang keuntungan berkenaan.
"Bagaimanapun, mangsa telah diarahkan untuk melakukan pembayaran sebanyak RM100,000 sebagai wang deposit namun dia enggan dan percaya dirinya telah ditipu sebelum membuat laporan polis semalam dengan kerugian dialami berjumlah RM908,305," katanya.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan pada masa sama menasihati orang ramai agar lebih berwaspada dan tidak mudah terperdaya dengan tawaran peaburan dalam talian dengan pulangan tinggi dalam masa singkat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#scam
#penipuan dalam talian
#juruteknik kerugian
#pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan