MELAKA:Seiring usaha kerajaan memperkasakan pelbagai prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak penularan pandemik COVID-19, sebuah kopitiam di Jalan Tan Cheng Lock, Tengkera, di sini tampil dengan inisiatif menggunakan robot sebagai penghantar makanan.
Pengusahanya, Fun Guo Xuan, 36, yang juga seorang juruterbang berkata, inisiatif itu sebagai langkah mengurangkan kontak sesama individu bagi mengelakkan sebarang jangkitan COVID-19.
Menurut Guo Xuan, dia bersama isterinya yang juga seorang pramugari baru dua bulan berjinak-jinak dalam dunia perniagaan dengan membuka kedai makan ‘Ah Kor Kopitiam’ bagi menambah pendapatan dalam situasi masa kini.
Katanya, pada peringkat awal operasi, perniagaannya yang popular dengan menu ‘Mee Udang Peringgit’ menggunakan khidmat lima pekerja dengan dibantu oleh anggota keluarganya.
Bagaimanapun, selepas mendapati terdapat beberapa restoran mewah dalam negara mula ‘menggajikan’ robot sebagai pelayan, dia memberanikan diri dengan mengambil langkah sama.
Guo Xuan memilih sebuah robot jenis ‘Pudubot’ bagi membantu urusan penghantaran makanan kepada pelanggan-pelanggannya.
“Kalau pakai robot, kita lebih kurang bersemuka dengan orang lain, robot akan hantar makanan kepada pelanggan dan kita akan sanitize (mensanitasi) setiap hari.
"Kalau kita menggunakan khidmat manusia sebagai penghantar makanan kita tidak tahu dengan siapa mereka berhubung, manakala robot dia hanya ada di kedai sahaja dan kita sanitize setiap hari,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Guo Xuan berkata, robot berkenaan berharga RM40,000 dan mampu berfungsi sehingga 20 jam tanpa henti serta mampu menampung berat maksimum 40 kilogram.
Apa yang istimewanya mengenai robot Pudubot ini ialah selain bergerak berpandukan alat pengesan yang dipasang di setiap meja untuk menghantar makanan, ia juga boleh bertindak sebagai ‘tukang kemas’ sekali gus menyelesaikan masalah kekurangan pekerja.
Sebetulnya, kata Guo Xuan, penggunaan robot di kopitiamnya itu selain berfungsi seperti seorang pekerja, pelaburan untuk memilikinya juga menyamai kos membiayai seorang pekerja.
Pembayaran pembelian robot dengan harga RM40,000 itu, jelas Guo Xuan, boleh dilakukan secara ansuran iaitu sekitar RM1,000 bersamaan gaji seorang pekerja.
“Bezanya ‘pekerja’ ini (robot) tidak sakit , kalau rosak pula akan diberi bantuan sokongan oleh pusat penyelenggara,” ujarnya lagi.
Sekalipun baru beberapa hari menggunakan khidmat robot berkenaan, Guo Xuan terharu kerana dia menerima maklum balas yang positif daripada pelanggan-pelanggannya terutama warga emas yang bimbang dengan penularan pandemik COVID-19.
Melihat keberkesanan robot berkenaan sepanjang tempoh penggunaan, usahawan itu juga bercadang untuk menambah lagi jumlah robot penghantar itu pada masa akan datang.
Shuhada Abdul Kadir
Thu Feb 18 2021
Robot Pudubot yang berfungsi sebagai penghantar makanan berharga RM40,000 dan mampu beroperasi sehingga 20 jam tanpa henti serta mampu menampung berat maksimum 40 kilogram. - Gambar Astro AWANI
Perkahwinan Datuk Red, Datin Red berakhir dengan penceraian, sempat bermaaf-maafan
Lafaz cerai talak satu itu dibacakan oleh Adnan atau dikenali sebagai Datuk Red di hadapan hakim syarie, Mohd Nurulazhar Mohd Tohar.
Ketua PBB sedih dengan kematian kakitangannya di Gaza
Setiausaha Agung mengutuk semua serangan ke atas kakitangan PBB dan menggesa siasatan penuh.
OpenAI umum aplikasi desktop untuk ChatGPT, boleh akses pantas ketika lakukan tugasan
Aplikasi desktop ini diperkenalkan terlebih dahulu untuk pengguna berbayar MacOS, dan dijangka diperluaskan kepada pengguna Windows tidak lama lagi.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI turun 1.24 mata kepada 1,601.67 daripada 1,602.29 semalam.
Polis tumpas kegiatan proses arak tiruan, rampasan lebih setengah juta ringgit
Secara keseluruhan, 1,683 liter alkohol dirampas dalam serbuan itu selain sebuah kereta jenis Toyota Estima disita.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Dolar AS kekal stabil walaupun terdapat laporan mengenai jangkaan inflasi yang lebih tinggi menjelang pengumuman data penting AS.
Rungutan beras berkurang berbading peringkat awal - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata rungutan beras berkurangan sedikit berbading peringkat awal. #AWANInews
Piala Belia: FAM pandang serius insiden gaduh aksi Melaka, Sri Pahang
FAM sudah terima laporan lengkap kejadian yang disifatkan sebagai tidak beradab itu dan akan menentukan bentuk hukuman sewajarnya.
Kadar SSL daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kadar tahap sara diri (SSL) daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus. #AWANInews
30 hari bicara kes pegawai kanan polis bunuh pelajar
Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet, menetapkan tarikh perbicaraan itu bermula 4 November 2024 hingga 17 Januari 2025.
Tecno turut tidak ketinggalan menghasilkan robot anjing
Robot berwarna hitam ini dihasilkan khusus untuk tujuan hiburan, pendidikan, latihan dan membantu manusia.
Abang Jo mahu Sarawak hasilkan robot
Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu Sarawak menghasilkan robot bagi membantu manusia dalam aktiviti harian.
Arab Saudi guna teknologi pintar mudahkan jemaah haji
Arab Saudi menggunakan teknologi terkini seperti kad pintar, robot dan AI untuk memudahkan jemaah mengerjakan haji pada musim kali ini.
MOSTI sasar nisbah robot 195 kepada 10,000 tenaga kerja pada 2030
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyasarkan nisbah 195 unit robot bagi 10,000 tenaga kerja manusia menjelang 2030.
Kawasaki cipta robot berbentuk kambing
Syarikat itu ingin mengembangkan lagi Bex bagi membolehkannya digunakan di kilang pembuatan, tapak pembinaan serta ladang.
Anak tempatan cipta robot pembersihan lantai pertama kegunaan hospital di Malaysia
Sekumpulan anak tempatan berjaya mencipta robot pembersihan lantai buatan Malaysia yang pertama untuk kegunaan di hospital di negara ini.
MTDC bantu syarikat teknologi tempatan ke pasaran antarabangsa
MTDC mahu membangunkan syarikat teknologi tempatan sehingga mampu menghasilkan robot yang boleh dijual sekurang-kurangnya di pasaran ASEAN.
Pasar Ayam Amanjaya Ipoh pasar pertama guna robot
Pasar Ayam Amanjaya, Ipoh menjadi pasar pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi robotik dalam menyelesaikan isu kebersihan dan pengangkutan barang dalam kawasan pasar.
Juruterbang buka kopitiam, guna khidmat robot sebagai penghantar makanan
Robot Pudubot ganti manusia sebagai penghantar makanan di Ah Kor Kopitiam, Jalan Tan Cheng Lock, Tengkera, Melaka.
Rusia hasilkan robot basmi virus COVID-19
Satu robot yang berperanan membasmi virus COVID-19 di bangunan mula beroperasi di sebuah muzium di Rusia, pada Selasa.