awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keputusan NFA kes Ahmad Zahid di bawah kuasa penuh Peguam Negara - Saifuddin Nasution
Prabowo: Indonesia akan rampas lebih banyak tanah sawit haram tahun ini
China rekod penurunan 12.8 peratus kes jenayah, selesai 258,000 penipuan dalam talian pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasar Ayam Amanjaya Ipoh pasar pertama guna robot

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
16/03/2021
10:14 MYT
Pasar Ayam Amanjaya Ipoh pasar pertama guna robot
Sebanyak tiga jenis robot digunakan di pasar berkenaan iaitu untuk membersihkan lantai, mengangkut barang dan mengutip sisa. - Astro AWANI
IPOH: Pasar Ayam Amanjaya, Ipoh menjadi pasar pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi robotik dalam menyelesaikan isu kebersihan dan pengangkutan barang dalam kawasan pasar.
Projek kerjasama strategik antara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu merupakan projek rintis dalam aplikasi robotik dan kecerdasan buatan (AI).
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, ia juga bertepatan dengan keperluan terhadap perubahan cara hidup norma baharu ekoran penularan COVID-19.
"Robot ini boleh mengurangkan kebergantungan kita kepada pekerja asing, boleh meningkatkan kebersihan dan juga boleh meningkatkan kecekapan di pasar.
"Saya juga ingin memaklumkan bahawa ini selaras dengan pendekatan MOSTI untuk mewujudkan no touch high tech economy, ekonomi sentuhan rendah, tak perlu sentuh banyak benda," kata beliau ketika ditemui selepas melancarkan penggunaan teknologi sentuhan rendah aplikasi robotik dan AI di Pasar Ayam Amanjaya Ipoh, pada Selasa.
Hadir sama ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin dan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin.
Sebanyak tiga jenis robot digunakan di pasar berkenaan iaitu untuk membersihkan lantai, mengangkut barang dan mengutip sisa.
Ketiga-tiga robot itu dibangunkan oleh dua syarikat tempatan, Ideasparq Robotics Sdn Bhd dan Akar Indah Engineering Sdn Bhd hasil kerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC).
Topic Berkaitan
#Pasar Ayam Amanjaya
#Ipoh
#pasar pertama
#robot
#teknologi robotik
#MOSTI
#KPKT
#kecerdasan buatan
#AI
#Khairy Jamaluddin
#COVID-19
#MTDC
#Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan