awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arab Saudi guna teknologi pintar mudahkan jemaah haji

Astro Awani
Astro Awani
26/06/2023
02:10 MYT
Arab Saudi guna teknologi pintar mudahkan jemaah haji
Seorang petugas memantau keadaan di Masjidil Haram melalui skrin komputer di Pusat Pemantauan 911, Makkah, Arab Saudi, 23 Jun 2023. (Foto AP)
KAD pintar, robot dan kecerdasan buatan (AI) merupakan antara transformasi yang digunakan Arab Saudi bagi memudahkan lebih 3 juta jemaah pada musim haji 1444H/2023M kali ini.
Perkembangan itu dikongsikan Menteri Hal Ehwal Agama Arab Saudi, Sheikh Abdullatif al-Asheikh, yang turut menyatakan, musim haji mengalami perubahan setiap tahun sejak zaman Rasulullah sehingga kini.
Tambah beliau, pada tahun ini misalnya, terdapat robot yang menggantikan manusia untuk menjawab semua persoalan agama daripada jemaah haji.
Pada masa sama, 200 talian telefon disediakan dalam lebih 70 bahasa.
"Kami mempunyai pelbagai kaedah. Kami berusaha dalam semua segi, sama ada sumber manusia atau teknologi. Melalui penggunaan komputer dan peranti pintar, kami membantu prosedur dan membuatkannya jadi lebih mudah.
"Terdapat juga robot yang menjawab soalan-soalan jemaah haji mengenai agama," kata Abdullatif.
Khutbah Arafah berbahasa Arab bagi musim haji tahun ini juga akan disiarkan secara langsung dalam 20 bahasa, termasuk enam bahasa baharu yang ditampilkan iaitu Sepanyol, Portugal, Jerman, Filipina, Itali dan Bosnia.
Topic Berkaitan
#robot
#Arab Saudi
#jemaah haji
#teknologi pintar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan