Kementerian Pengangkutan bakal menguatkuasakan peraturan di mana setiap juruterbang helikopter asing wajib menjalani latihan di sini terlebih dahulu sebelum dibenarkan bertugas secara bersendirian.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata peraturan berkenaan mendapat kebenaran kabinet kira-kira dua minggu lepas dan telah diserahkan kepada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) untuk diwartakan sebelum dikuatkuasakan.
"Saya telah arahkan (DCA) untuk memperincikan peraturan ini, dijangkakan peraturan ini akan selesai digazetkan dan akan dikuatkuasakan dalam masa kira-kira sebulan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Muzik Klang di sini hari ini.
Laporan akhir nahas helikopter Eurocopter AS350 yang terhempas di Batang Lupar berhampiran Sebuyau, Sarawak pada Mei tahun lalu menyebut ia disebabkan keadaan cuaca buruk dan juruterbang yang tidak biasa dengan kawasan persekitaran.
Dalam laporan akhir itu, Kementerian Pengangkutan ada mencadangkan agar juruterbang helikopter asing agar menjalani latihan untuk membiasakan diri selama 10 jam sebelum dibenarkan beroperasi secara bersendirian.
Tambah beliau peraturan berkenaan bukan bertujuan untuk menyukarkan juruterbang asing bekerja di sini tetapi ia adalah untuk tujuan keselamatan.
"Kami mengalu-alukan kehadiran mereka tetapi keadaan muka bumi dan cuaca di sini terutamanya di Sabah dan Sarawak adalah berlainan, juruterbang tidak boleh hanya bergantung kepada sistem kedudukan global sahaja, juruterbang perlu tahu laluan alternatif lain sekiranya laluan asal mengalami cuaca buruk.
"Juruterbang perlu tahu di mana kawasan yang sesuai untuk mendarat sekiranya perlu berbuat demikian, peraturan ini bukan untuk menyukarkan mereka (juruterbang asing) tetapi untuk menyelamatkan nyawa," katanya.
Kejadian pada 5 Mei tahun lepas, mengorbankan enam orang termasuk juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Rapas, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Noriah Kasnon dan ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohamad Khair-il Anuar Wan Ahmad.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 11 2017
Liow berkata peraturan berkenaan bukan bertujuan untuk menyukarkan juruterbang asing bekerja di sini tetapi ia adalah untuk tujuan keselamatan. - Gambar fail
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
Penguasaan asas teknologi AI sangat penting untuk pelajar
Penguasaan terhadap asas AI adalah perlu dan penting seiring dengan penguasaan 3M (menulis, mengira dan membaca).
Pasaran saham ST1 positif, dijangka berterusan sehingga H2
Pasaran FBM KLCI mencatat prestasi baik dengan pulangan sekitar 5.7%. Imran Yassin Md Yusof, Ketua MIDF Research, menjangkakan sentimen positif akan berterusan sehingga separuh kedua tahun ini. Sektor cemerlang termasuk utiliti, hartanah, dan pembinaan.
Peningkatan IHPR beri petanda positif kepada perdagangan
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, prestasi Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Pengeluaran Tempatan Malaysia yang meningkat pada Februari 2024 menyifatkan pertumbuhan perdagangan berada di tahap yang baik.
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri.
PRU15: Bekas Penyelia Kemas ganti Rohani di Batang Lupar
Lulusan Universiti Sains Malaysia (USM) itu aktif dalam politik dan aktiviti kemasyarakatan, sehingga diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Ketua Cawangan PBB N29 Beting Maro.
Perkhidmatan Feri Triso henti operasi empat tahun lagi - Abang Jo
Dengan kos RM848 juta, jambatan terpanjang di Malaysia dengan jarak 5.2 kilometer itu dijangka siap dalam tempoh empat tahun lagi.
Tragedi Feri Triso: PBB bantu keluarga mendiang Lorna Ting
Keluarga mendiang mangsa tragedi kereta terjunam ke sungai Batang Lupar dekat Sebuyau menerima bantuan kewangan daripada Parti Pesaka Bumiputera (PBB) bagi melaksanakan urusan pengebumian.
Tragedi Feri Triso: Gadis tular mendakap bayi tak bernyawa luah rasa pilu
Christina berkongsi kesedihan yang dirasai apabila dua ibu saudara dan tujuh sepupu yang cukup rapat sejak mereka kecil kini meninggal dunia di depan matanya sendiri.
Tragedi Feri Triso: Polis tunggu laporan kimia
Polis Daerah Sri Aman masih menunggu laporan kimia sebelum melengkapkan laporan kes kemalangan maut melibatkan sembilan sekeluarga di Pangkalan Feri Triso dekat Sebuyau pada Jumaat.
Tragedi Feri Triso: Pengebumian tiga lagi mangsa ditunda
Pengebumian tiga mangsa kemalangan kenderaan terjunam ke sungai di Pangkalan Jeti Triso di Batang Lupar akan disempurnakan pada Selasa, 5 Januari ini.
Tragedi feri Triso: Kita datang dari Allah, kita pergi kepada Allah - Suami mangsa
Ketika ditemui di Hospital Sri Aman, Mohd Hamzah nampak cekal dan penuh tertib menjawab semua pertanyaan pemberita.
Tragedi feri Triso: Jangan sebar gambar, video mangsa lemas di media sosial - Julaihi
Ia bagi menghormati keluarga mangsa dalam tragedi yang mengorbankan sembilan sekeluarga di Pengkalan Feri Triso
Bayi empat bulan antara korban kejadian kereta jatuh sungai
Seorang bayi berusia empat bulan antara sembilan ahli keluarga yang terkorban dalam kejadian kemalangan di pangkalan feri Triso dekat Sebuyau pada petang Jumaat.
Tragedi Feri Triso: Sembilan maut kenderaan pacuan empat roda terjunam ke sungai
Sembilan dipercayai sekeluarga maut selepas sebuah kenderaan terjunam ke dalam sungai ketika sedang menunggu feri di Triso petang Jumaat.