Kementerian Kesihatan masih menjalankan kajian berhubung kegunaan jus daun betik sebagai penawar demam denggi, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata kajian klinikal oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) terhadap jus daun betik bagi pesakit denggi (denggi tidak berdarah dan denggi berdarah kelas satu) menunjukkan pengambilan 30 mililiter (ml) atau dua sudu besar jus daripada dua daun betik matang setiap hari, selama tiga hari menaikkan jumlah platelet.
Katanya, peningkatan platelet ini hanya satu daripada pelbagai proses yang berlaku dalam pesakit yang menghidap demam denggi.
"Kajian masih lagi diadakan berkaitan kegunaan jus daun betik bagi demam denggi. Pihak kementerian juga tidak menyediakan jus daun betik di hospital kerajaan," katanya dalam kenyataan, di sini.
Dr Noor Hisham berkata demikian mengulas kenyataan oleh pihak tertentu bahawa daun pokok betik mengandungi bahan kimia yang berbahaya iaitu 'cyanogenic glycoside' yang boleh menyebabkan kegagalan fungsi hati, buah pinggang dan jantung dan seterusnya menyebabkan kematian.
Hidrogen sianida
Menurutnya, pokok betik tergolong dalam kumpulan 'cyanogenesis' lemah iaitu yang menghasilkan hidrogen sianida dalam kuantiti sedikit (terdapat 0.02 miligram (mg) sianida dalam empat helai pucuk daun betik dan jumlah ini berkurangan apabila daun itu bertambah matang).
Dr Noor Hisham berkata, dos sianida paling rendah untuk memudaratkan manusia adalah sebanyak satu mg bagi setiap kilogram (kg) berat badan.
Oleh itu, katanya, seseorang yang mempunyai berat badan 60 kg memerlukan 12,000 helai daun betik pada satu masa untuk mengakibatkan keracunan.
"IMR sudah menjalankan kajian keselamatan dengan mengenakan dos tertinggi 2,000 mg bagi setiap kg berat badan diuji dalam haiwan makmal.
"Dalam kajian ini, tiga jenis cara pengambilan digunakan iaitu satu dos sahaja, satu dos setiap hari selama 28 hari dan satu dos setiap hari selama 90 hari, hasilnya didapati tiada kesan sampingan ke atas buah pinggang, hati dan jantung.
"Keputusan ujian darah pula adalah normal sementara kajian khusus ke atas hati (kajian hepatotoksiti) juga adalah normal," kata Dr Noor Hisham.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kementerian juga telah mendaftarkan produk-produk yang mengandungi daun betik (folium carica papaya) di bawah kategori produk tradisional.
Sehingga kini, Dr Noor Hisham berkata belum ada sebarang produk tradisional atau suplemen kesihatan yang didaftarkan dengan PBKD untuk merawat demam denggi.
Bernama
Sun Jan 31 2016
Seseorang yang mempunyai berat badan 60kg memerlukan 12,000 helai daun betik pada satu masa untuk mengakibatkan keracunan. - Gambar hiasan
MITRA rangka pelbagai bantuan untuk pembangunan masyarakat India
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) sedang merangka pelbagai program bantuan yang bersesuaian bagi pembangunan kaum itu.
ESSCOM laksana tugas cemerlang bendung ancaman - Kaunselor EU
Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dalam membendung pelbagai ancaman di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESS ZONE).
APMM rampas minuman beralkohol, bot, enjin bernilai RM472,000
APMM Labuan merampas minuman beralkohol pelbagai jenama, sebuah bot fiber, dan tiga enjin dianggarkan bernilai lebih RM472,000 yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan.
Kefahaman orang ramai terhadap harta intelek masih rendah - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup komited meningkatkan kefahaman orang ramai yang masih rendah terhadap harta intelek, kata Timbalan Menterinya Fuziah Salleh.
MITI perkenal slogan baharu: Fokus diperbaharui pacu pelaburan, perdagangan, industri
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memperkenalkan slogan baharu "Pemacu Potensi Global" yang mencerminkan fokusnya yang diperbaharui.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya bungkusan berisi komputer riba
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom hari ini.
Ziana Zain giat bersenam di gimnasium, persiap diri untuk konsert solo bulan depan
Ziana Zain mahu memastikan beliau mampu memberikan yang terbaik apabila impiannya itu bakal menjadi kenyataan bulan depan.
AWANI 7:45 [25/04/2024] - Akaun KWSP distruktur semula | Pensyarah pro-Israel | Suspek tembak di KLIA didakwa | Astro Radio kekal nombor 1!
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Cynthia Ng;
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
AWANI Ringkas: SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM
AWANI Ringkas
Jus daun betik penawar demam denggi masih dikaji - KP Kesihatan
Dr Noor Hisham berkata demikian mengulas kenyataan oleh pihak tertentu bahawa daun pokok betik mengandungi bahan kimia yang berbahaya iaitu 'cyanogenic glycoside'.