awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#JusticeForBella: Pengasas Rumah Bonda bakal didakwa esok

Hilmi Malik
Hilmi Malik
19/08/2021
06:49 MYT
#JusticeForBella: Pengasas Rumah Bonda bakal didakwa esok
Pada Jun lalu, polis telah menerima laporan berhubung kes penderaan remaja sindrom Down tersebut yang ditemui dengan kesan melecur di anggota badan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR : Pengasas Rumah Bonda yang sebelum ini dikatakan terlibat dengan kes penderaan seorang remaja sindrom Down bakal didakwa esok di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan mengesahkan perkara berkenaan ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis.
"Pendakwaan akan dibuat esok mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak," katanya.
Pada Jun lalu, polis telah menerima laporan berhubung kes penderaan remaja sindrom Down tersebut yang ditemui dengan kesan melecur di anggota badan.
Polis turut membuat permohonan reman terhadap suspek, bagaimanapun Mahkamah Majistret menolak permohonan tersebut berikutan ia dibuat melebihi tempoh 24 jam.
Sebelum ini, kisah remaja berkenaan yang dikenali sebagai Bella mendapat perhatian masyarakat selain ia turut tular di media sosial dengan tanda pagar #JusticeForBella.
Selain itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Lumpur turut bertindak menyita rumah perlindungan tersebut sebaik sahaja kes berkenaan tular.
Setakat ini, Bella difahamkan berada di bawah jagaan Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah, Seremban, Negeri Sembilan.
Baru-baru ini juga, Menteri Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Mohd Harun ketika itu memaklumkan Bella kini telah mula menunjukkan perkembangan positif berbanding sebelumnya yang ditemui dalam keadaan trauma.
Topic Berkaitan
#dera
#kes dera
#dera remaja
#sindron down
#kes mahkamah
#rumah bonda
#Mahkamah Sesyen
#Abd Jalil Hassan
#Pengarah JSJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan