Kerajaan tidak pernah cuba menyembunyikan sebarang maklumat berkaitan insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu dan kawasan berhampiran di Sabah, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebaliknya, Perdana Menteri berkata kerajaan mengambil sedikit masa untuk mendapatkan maklumat lengkap tentang perkembangan sesuatu kejadian di negeri itu sebelum menyalurkannya kepada umum.

"Bukan hendak tutup, tetapi kita perlu beritahu gambaran tepat dan jelas. Kita tidak mahu beri maklumat terburu-buru. Takut nanti kita disalahkan dan dituduh cuba menakutkan rakyat. Kita tunggu gambaran sebenar, saya dah arahkan Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera buat kenyataan, jika ada" katanya kepada pemberita hari ini.

Najib berkata beliau percaya rakyat faham dan yakin, kerajaan berada pada pihak yang benar.