awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
11 MoU dimeterai perkukuh kedudukan negara sebagai rakan strategik India
Enam maut dalam insiden bangunan runtuh di utara Lubnan
Aktivis Nobel Iran, Narges Mohammadi dijatuhi hukuman penjara tambahan tujuh tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

K9 bantu kesan remaja lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Pahang

Bernama
Bernama
05/01/2025
08:00 MYT
K9 bantu kesan remaja lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Pahang
Dua anjing pengesan itu dibawa untuk mengesan mangsa Azri Fahmi, 14, dengan melakukan kaedah pencarian di kawasan tepi sungai. - Gambar/ Sinar Harian
KUANTAN: Khidmat dua anjing pengesan (K9) digunakan hari ini dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Pahang ketika memancing di rumah rakit Jalan Kampung Pedah, Kampung Jerantut Feri, Jerantut semalam.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata dua anjing pengesan itu dibawa untuk mengesan mangsa Azri Fahmi, 14, dengan melakukan kaedah pencarian di kawasan tepi sungai.
Beliau berkata operasi SAR yang memasuki hari kedua itu disertai 37 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi seperti JBPM, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Bukit Angin, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam.
"Operasi SAR yang bermula pada 6.45 pagi ini diteruskan dengan kaedah pencarian diperluaskan ke kawasan sepanjang 10 kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilihat jatuh.
"Kaedah pencarian adalah di tebing sungai dengan khidmat bantuan anggota dan anjing pengesan K9 manakala pasukan PPDA melakukan selaman di sekitar lokasi mangsa jatuh serta rondaan dengan bot di kawasan sekitar," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata operasi pencarian itu masih berjalan dan turut mendapat kerjasama penduduk kampung.
Semalam, remaja lelaki itu bersama dua rakannya sedang memancing di rumah rakit tersebut sebelum terjatuh dan dipercayai hanyut dibawa arus Sungai Pahang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#remaja lemas
#Sungai Pahang
#operasi sar
#Anjing pengesan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan