awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ka Siong perjelas rasional perjuangkan mansuh caj DuitNow QR

Sinar Harian
Sinar Harian
02/10/2023
00:10 MYT
Ka Siong perjelas rasional perjuangkan mansuh caj DuitNow QR
Wee Ka Siong berkata, DuitNow QR hanya merupakan paparan yang diletakkan di bahagian dinding atau kaunter dan tidak memerlukan sebarang penyelenggaraan mesin. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menjelaskan tindakannya memperjuangkan pemansuhan caj transaksi DuitNow QR secara kekal bertujuan menyokong dasar digitalisasi kerajaan.
Beliau berkata, ia perlu disokong agar pembayaran tanpa tunai dapat diperluas dan menguntungkan semua pihak iaitu pengguna, peniaga, bank serta kerajaan.
Menurutnya, sejak penggunaan pembayaran tanpa tunai melalui DuitNow QR, Bank Negara Malaysia (BNM) tidak perlu mencetak mata wang dan siling baharu yang membawa kepada penjimatan signifikan buat BNM.
“Bank-bank juga menerima manfaat daripada penurunan kos bagi menyediakan mesin deposit tunai, kos ATM untuk pengeluaran wang tunai bagi pengguna, kos keselamatan dan penyelenggaraan wang tunai,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.
Beliau mengulas isu syarikat pengendali DuitNow QR, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) pada 28 September menjelaskan mengenai pengenaan caj transaksi melibatkan peniaga kecil berkuatkuasa 1 November 2023.
Ujarnya, keputusan tersebut bakal membebankan peniaga kecil di saat rakyat terkesan dengan kenaikan kos sara hidup masa kini.
Bagaimanapun, Ka Siong turut menambah, DuitNow QR hanya merupakan satu paparan diletakkan di bahagian dinding atau kaunter dan tidak memerlukan sebarang penyelenggaraan mesin seperti kad kredit selain kos operasi yang ditanggung pihak bank juga berada pada kadar minimum.
“BNM merupakan pemegang saham terbesar dalam PayNet bersama 11 buah bank tempatan yang lain. Bank tempatan yang keuntungannya meningkat dengan ketara setiap tahun tidak perlu bergantung kepada caj MDR untuk menambah keuntungan bank masing-masing.
“Justeru, saya mohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar terus membawa berita baik ketika mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) pada Selasa ini.
"Harapan rakyat adalah perkara ini dimansuhkan secara berkekalan,” ulasnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#DuitNow QR
#mansuh caj
#Wee Ka Siong
#pembayaran tanpa tunai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan