awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kaamatan, Gawai perkukuh semangat serumpun Sabah dan Sarawak - Hajiji

Bernama
Bernama
28/06/2025
20:15 MYT
Kaamatan, Gawai perkukuh semangat serumpun Sabah dan Sarawak - Hajiji
Hajiji turut menegaskan, perpaduan dan toleransi antara kaum dan agama adalah kekuatan utama negara yang sukar ditemui di negara lain pada masa kini. - Gambar Facebook Hajiji Noor
PENAMPANG: Pesta Kaamatan dan Hari Gawai berperanan sebagai wahana mengukuhkan semangat serumpun antara rakyat Sabah dan Sarawak yang berkongsi jati diri Borneo, bukan sekadar simbol kesyukuran atas hasil tuaian.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, hubungan erat antara kedua-dua negeri perlu terus dipelihara sebagai landasan memupuk perpaduan dan keharmonian rakyat berbilang kaum di Malaysia Timur.
"Sabah dan Sarawak bukan sahaja berkongsi sempadan, tetapi juga berkongsi jati diri Borneo yang kaya dengan budaya, adat dan tradisi. Hubungan ini harus kita perkukuh demi kemajuan dan kesejahteraan bersama," katanya pada Majlis Makan Malam Gala Kaamatan-Gawai 2025, di sini, pada malam Sabtu.
Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.
Hajiji berkata, kerajaan negeri menyambut baik kerjasama rapat dengan Kerajaan Sarawak dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, pendidikan, pelaburan dan pertukaran budaya, khususnya membabitkan penyertaan generasi muda.
Beliau turut menegaskan, perpaduan dan toleransi antara kaum dan agama adalah kekuatan utama negara yang sukar ditemui di negara lain pada masa kini.
"Perpaduan kaum perlu dipertingkat supaya generasi akan datang memahami bahawa Malaysia ialah negara untuk semua rakyat tanpa mengira latar belakang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pesta Kaamatan
#latar belakang
#semangat serumpun
#jati diri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan